Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ANTARA FAKTOR UTAMA KESUBURAN LELAKI » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-VGgtYN

ANTARA FAKTOR UTAMA KESUBURAN LELAKI

Terdapat beberapa faktor utama dalam isu kesuburan lelaki. Antaranya adalah isu kesihatan, gaya hidup dan genetik.

Kesuburan kaum lelaki adalah cermin kepada kesihatannya secara menyeluruh. Lelaki yang menggayakan gaya hidup yang sihat adalah lebih berkemungkinan menghasilkan bacaan sperma yang normal.

Pengamalan gaya hidup yang sihat termasuklah:

  • Tidak merokok
  • Tidak mengambil dadah merbahaya
  • Tidak minum alkohol
  • Tidak mengambil steroid, sebagai contoh untuk aktiviti bina badan. Steroid akan menyebabkan penghasilan sperma terbantut.
  • Mengelak dari terdedah kepada racun perosak, lead, cat, pelarut, radiasi dan logam berat.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
  • Mengelak dari stress yang berlebihan.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan bagi memperbaiki tahap kesuburan seseorang lelaki. Sekiranya seseorang lelaki itu pernah mengalami keadaan di mana telur zakarnya berada tinggi dan bukan di dalam kantung (undescended testicles), mengalami kecederaan kepada telur zakar atau pernah mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhoea, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pada kadar segera agar pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

Kesuburan kaum lelaki adalah cermin kepada kesihatannya secara menyeluruh

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print