Wahai anakku,
Kini ibu dan ayah menyambut tahun baru..masih tanpamu..
2020 berlalu dengan begitu pantas sekali
2021 kini menjelma
Ibu ingin menyatakan bahawa ibu sentiasa berusaha
dan akan tetap berusaha untuk memiliki mu
Tidak pernah terlintas untuk berputus asa.
Fahamilah wahai anakku,
Setiap detik, setiap hari yang berlalu, tidak pernah tidak ibu dan ayah melupakanmu
Wahai anakku,
Ketahuilah ibu dan ayah teringin sangat untuk memegang mu,
Tidak sabar rasanya untuk ibu menyentuh jari jemari mu,
Membelai mengomol dengan mu, menguncup kulit mu, mengusap rambutmu
wahai anakku, ibu teringin sangat
Kering sudah air mata ibu,
Bilakah akan dapat ibu bersua denganmu
Wahai anakku,
Ketahuilah ibu kini sudah berkali- kali mencuba
Suntikan demi suntikan
Kemana saja
Rawatan demi rawatan
Namun ibu masih belum punyai rezeki untuk dapat mendakapimu
Wahai anakku,
Ketahuilah ibu dan ayah akan tetap mencuba
Selagi ada upaya
Ibu dan ayah tidak akan berputus asa
Kepada Allah kita berserah
wahai anakku si jantung hatiku, bilakah kiranya akan kita berjumpa..