‘Setahun-Dua tahun- Masuk tahun ketiga…soalan yang sama. Bila lagi ni? Asyik berdua je, bila nak bertiga? Jangan ditahan-tahan rezeki, waktu muda ni la nak beranak. Takkan asyik nak berjalan jer? Bila lagi nak tambah ahli keluarga? Nak kejar kerjaya sampai jadi apa, anak tuh lagi penting.
-Soalan yang sama, berulang-ulang kali. Kadang-kadang orang yang sama, cuma ayat yang berbeza sahaja. Seolah-olah tak jemu dengan soalan-soalan yang sebegitu. Respon aku dan suami? Masih sama, SENYUM ? Tangan yang sama masih kuat menggenggam jari-jemari aku setiap kali soalan sebegitu dilemparkan. It’s ok sayang..We will go through this together. As long as we have each other. Ayat yang tak pernah lekang dibisikkan pada isteri yang mungkin sudah terang-terangan menunjukkan perubahan wajah.
– Minggu ni ada makan-makan kat rumah Shah, kita pergi nak? —- Pernah tak rasa seperti diri serba kekurangan yang menyebabkan kita nak elak dari jumpa orang sekeliling? Ya, itulah perasaannya setiap kali dapat mendapat jemputan daripada kawan-kawan. Setiap jemputan ditolak atas pelbagai alasan. Hakikatnya….diri rasa tak kuat nak berdepan dengan kawan-kawan yang seolah-olah punya keluarga yang sempurna. Ada si kecil yang menjadi penyeri hidup. Tapi aku? Ada yang berasa kasihan dengan kami, tapi itu tak mengubah apa-apa. Why offer me sympathy when I really wasn’t asking any???
– Mungkin kita dah kena jumpa dengan doc kot? Random conversation di satu petang antara aku dan suami yang membawa kepada titik mula perjalanan #ttc kami. Di saat kami setuju dengan keputusan ini, aku yakin yang aku sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan dan keputusan daripada ujian-ujian yang bakal kami hadapi. Tangan yang sama masih setia menggenggam jari-jemari aku bukti yang aku tidak keseorangan mengharungi permasalahan ini. Masih awal perjalanan ini untuk disimpulkan apakah pengakhirannya. This journey must be full of ups & downs, twists and turns. But it’s definitely something worth to try?
To all TTC out there, Jangan pernah putus asa. Marilah kita sama-sama berdoa, usaha dan ikhtiar. Selebihnya kita serahkan pada Dia. Have faith on Him. Sending love to all of you.’
~Ayue-300520, 11.00pm~