Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
10 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN RAWATAN IVF » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-BCbtY3

10 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN RAWATAN IVF

  • Rawatan IVF bukanlah 100% dijamin akan berjaya.

Tidak siapa yang boleh jamin rawatan IVF akan 100% Berjaya. Malah kejayaan rawatan IVF bergantung kuat pada usia wanita serta faktor mengapa terdapat kesukaran untuk mengandung. Seperti yang kita ketahui usia wanita memainkan faktor penting kerana usia wanita akan menjadi petanda kepada rizab telur seseorang itu serta kualiti telurnya. Usia telur wanita adalah sama dengan usia wanita tersebut. Rizab telur wanita akan mula menurun seawal usia 30-an dan akan turun mendadak pada usia 35 tahun dan seterusnya pada usia 40 tahun. Maka tidak hairanlah peratus kejayaan kehamilan adalah pada paras 30% ke atas bagi wanita di awal 30-an dan serendah kurang dari 5% bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

  • Terdapat pelbagai protokol yang boleh digunakan.

Seperti kita merancang perjalanan ke suatu destinasi, terdapat perbagai jalan yang boleh dilalui untuk tiba di destinasi impian. Begitu juga dengan rawatan IVF. Terdapat pelbagai protokol yang boleh digunakan untuk mencapai kehamilan. Ada yang menggunakan protokol pendek ada yang menggunakan protokol panjang. Ada yang menggunakan hanya satu jenis ubat hormon perangsang, ada yang menggunakan sehingga tiga jenis hormon pada waktu yang sama. Protokol yang mana yang akan digunakan bergantung kepada usia, sebab kesukaran mengandung serta sekiranya pernah melalui rawatan IVF sebelum ini.

  • Terdapat pelbagai cara bagi rawatan IVF dijalankan

Walaupun rawatan IVF melibatkan beberapa langkah yang melibatkan rangsangan telur, pengambilan telur, persenyawaaan di makmal & pembesaran embrio dan akhirnya penghantaran embrio ke dalam rahim (embryo transfer, ET), ianya tidak semestinya dilakukan mengikut turutan tersebut.

Seperti apabila perjalanan ke kampung, terkadang kita berehat dahulu di R&R. Begitu juga dengan rawatan IVF. Ada pasangan yang melakukan rawatan langkah demi langkah sehingga ET. Tetapi ada yang rawatan IVF ini dibahagikan dengan membekukan embrio yang terhasil dan tidak melakukan ET pada kitaran yang sama. Mereka samada memulakan semula rawatan dengan tujuan untuk mengumpulkan beberapa embryo terlebih dahulu sebelum melakukan Frozen Embryo Transfer (FET) atau mereka melakukan pembedahan kerana terdapat polyp yang boleh mengganggu proses penempelan embryo. Ada yang ingin melakukan FET pada tarikh yang lebih sesuai agar dapat mengurangkan tekanan bagi pasangan yang melaluinya.

  • Telur mungkin tidak terangsang atau makan masa yang lebih lama untuk dirangsang.

Bagi wanita yang mempunyai rizab telur yang rendah atau factor usia yang melebihi 40 tahun, ada yang kelihatan telur mereka tidak membesar walaupuan rangsangan hormon diberikan. Begitu juga dengan wanita yang mempunyai Polycystic Ovary, telur mereka samada memerlukan lebih masa untuk membesar atau memerlukan dos hormon yang lebih tinggi untuk terangsang.

  • Akan hanya tahu bagaimana respon selepas melalui rawatan IVF itu sendiri

Walaupun kita telah melakukan ujian darah dan scan untuk memberi gambaran akan apakah protokol dan cara rawatan IVF yang sesuai bagi setiap wanita, kita tidak akan tahu sepenuhnya bagaimana ovari seseorang wanita itu memberi respon selagi rawatan IVF tidak dijalankan.

Ini adalah kerana ujian darah dan scan yang dijalankan adalah untuk mengukur kuantiti dan bukan kualiti. Sebagai contoh, mungkin 10 telur terangsang dan berjaya dikutip, namun kita tidak boleh mengetahui berapa yang akan bersenyawa dan berapa embrio akan membahagi dengan normal. Ini adalah kerana ini juga melibatkan isu kualiti telur dan sperma yang tidak dapat diuji sepenuhnya sebelum rawatan dilakukan.

  • Risiko terlajak rangsang (Ovarian Hyperstimulation Syndrome)

Seperti terlajak laris, ovari juga boleh terlajak rangsang. Ini berlaku terutamannya bagi wanita yang mempunyai Polycystic Ovary. Apabila ovari terlajak rangsang ianya menghasilkan lebih dari 20 folikel yang besar. Wanita yang ovarinya terlajak rangsang boleh mengalami symptom seperti sneak perut, perut kembung dan 5% daripadanya mempunyai symptom yang lebih serius seperti sesak nafas akibat terdapat air di dalam peparu. Ini juga dikenali sebagai Ovarian Hyperstiumulation Syndrome (OHSS).

Oleh itu sebelum rawatan dimulakan, protokol yang sesuai dan dos hormon yang tidak terlalu tinggi perlu digunakan bagi mengelakkan OHSS. Sekiranya OHSS berlaku, anatra langkah yang berkesan perlu diambil adalah membekukan kesemua embrio yang terhasil dan melakukan FET di kitaran haid yang lain agar symptom OHSS akan reda. Sesetengah wanita yang mempunyai symptom yang serius perlu dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.

  • Keguguran masih boleh berlaku selepas rawatan IVF

Rawatan IVF tidak dapat mengelakkan keguguran berlaku. Memang benar ap dikatakan yang rawatan IVF ini seperti naik ‘roller coaster’. Kesedihan teramat apabila pendarahan berlaku setalah mendapat dua garisan tempuh hari. Terkadang keguguran hanya diketahui apabila scan kehamilan menunjukkan kantung bayi tidak membesar seperti yang diharapkan.

  • Mengandung luar rahim masih boleh berlaku selepas rawatan IVF

Begitu juga dengan mengandung luar rahim ianya masih boleh berlaku. Walaupun apabila ET dilakukan, embryo diletakkan di dalam rahim, namun embryo tersebut masih boleh ‘bergerak dan memilih’ tempat yang mana untuk embrio menempel.

  • Memerlukan lebih dari satu kitaran rawatan IVF

Ada pasangan yang berjaya mengandung selepas hanya satu kitaran. Perjalanan mereka lurus untuk sampai ke destinasi. Namun ada pasangan yang perjalanan mereka penuh dengan onak duri, pelbagai rintangan dan halangan. Tidak semua akan mengandung pada kitaran pertama. Ada yang memerlukan lebih dari satu kitaran untuk memenuhi harapan. Ada yang tetap tidak berjaya walaupun setelah beberapa kitaran IVF dilakukan.

  • Memerlukan sokongan & bantuan kaunseling

Rawatan IVF semestinya boleh memberikan tekanan kepada pasangan. Malah ramai pasangan sudah pun tertekan sebelum mereka tampil mendapatkan rawatan kesuburan. IVF akan menjadikan samada lebih rapat dengan pasangan atau sebaliknya. Kajian menunjukkan ramai yang mengatakan bantuan kaunseling memberikan mereka peluang untuk meluahkan perasaan dan menguatkan lagi semangat mereka melalui rawatan yang mencabar ini.

Tidak semua penerangan dapat dijelaskan di dalam klinik yang masanya terhad. Semoga perkongsian ini dapat memberikan gambaran yang lebih dan realiti sebenar rawatan IVF. Sekiranya terdapat apa- apa persoalan anda digalakkan menghubungi doktor pakar bagi penjelasan seterusnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print