Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
PUASA DAN RAWATAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-U091wF

PUASA DAN RAWATAN KESUBURAN

Ramadhan kini tiba. Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa buat setiap muslimin dan muslimat. Ianya adalah bulan yang mulia. Amal ibadat akan digandakan pahalanya. Maka gunakanlah keistimewaan bulan ini sebagai salah satu senjata untuk meningkatkan pengharapan kita kepada Allah SWT.

Dari segi saintifiknya banyak faedah terbukti dengan berpuasa. Bagaimana pula puasa dan kesuburan. Adakah puasa memberi impak kepada kadar kesuburan?  

Kajian yang ada adalah terhad. Namun satu kajian telah dijalankan di Mesir pada tahun 2016 yang melihat kepada kumpulan wanita yang berpuasa dan menjalankan rawatan IVF/ICSI ketika berpuasa. Terdapat seramai 300 wanita yang berpuasa dan 300 lagi yang tidak berpuasa ketika melakukan IVF/ICSI. Faktor lain seperti kadar rizab telur (AMH) dan umur diselaraskan bagi dapat membuat perbandingan yang terus. Hasil daripada kajian tersebut di dapati bahawa:-

  • Jumlah kelahiran bayi adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang berpuasa daripada yang tidak puasa. Namun perbezaan ini tidak menemui statistical significance.
  • Mereka yang berpuasa memerlukan dos ubat yang lebih tinggi untuk merangsang telur membesar.
  • Tiada perbezaan pada kualiti embrio yang terbentuk di antara dua kumpulan tersebut.
  • Komplikasi ketika mengandung didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang berpuasa.
  • Tahap kemurungan dan tekanan adalah lebih rendah di kalangan mereka yang berpuasa. Perbezaan ini mencapai statistical significance.

Kesimpulan yang dapat dari kajian di atas adalah puasa tidak menjejaskan hasil rawatan IVF/ICSI. Puasa memberikan kesan yang baik terhadap emosi, tekanan dan kemurungan yang mungkin dihadapi oleh pasangan yang melakukan rawatan kesuburan.

Bagaimana pula dengan puasa dan bacaan sperma?

Ada satu kajian yang dijalankan pada tahun 1986 yang melihat pada kesan puasa dan bacaan sperma. Dalam kajian ini ia menunjukkan bahawa puasa tidak menganggu bacaan sperma. Malah ada yang menunjukkan bacaan sperma dan hormon lelaki bertambah baik ketika berpuasa.

Ramai yang membuat keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dengan amal ibadah ketika bulan puasa. Namun ada juga yang berpendapat bahawa bulan puasa membawa ketenangan dan keluangan masa untuk melakukan rawatan kesuburan.

Rawatan kesuburan dengan mengambil pil kesuburan seperti clomid atau letrozole dan bersama di rumah mungkin masih boleh dilakukan ketika bulan puasa. Namun rawatan seterusnya seperti IUI atau IVF/ICSI ianya melibatkan pasangan suami perlu menghasilkan sperma di siang hari dan ini membatalkan puasa.

Namun begitu, ada yang risau seolah olah melengahkan rawatan dan rugi apabila masa dibiarkan berlalu tanpa usaha. Bulan puasa bukanlah bermaksud anda melengahkan rawatan kesuburan anda. Banyak perkara boleh dilakukan ketika puasa. Ini termasuklah memastikan anda menjalankan gaya hidup yang sihat agar dapat mencapai berat badan yang optima. Tidak ketinggalan untuk meneruskan pengambilan supplement Asid Folik Asid dan Vitamin D. Begitu juga dengan mengambil kesempatan menghentikan tabiat merokok ataupun vape. Pasangan juga berpeluang membuat refleksi, memberi ruang untuk reboot dan bernafas sambil mengukuhkan rohani untuk menempuhi cabaran dan liku-liku yang mendatang.

Apapun pendirian dan pendapat anda mengenai puasa dan rawatan kesuburan, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor fertiliti anda bagi mendapatkan plan rawatan yang lebih terperinci dan menepati pilihan anda.  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print