Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
WAKTU SUBUR » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-mBDVfZ

WAKTU SUBUR

Bila patut saya bersama? Ramai yang bertanyakan bila waktu subur sebenarnya. Wanita yang ingin hamil semestinya akan lebih meneliti kitaran haid masing- masing. Pelbagai aplikasi dimuat turun di dalam telifon bimbit. Ada yang muat turun sampai dua tiga aplikasi secara serentak. Namun setiap aplikasi mempunyai perkiraan yang berbeza dan ini boleh mengelirukan!

Bila patut bersama?

Perhitungan waktu subur hanya boleh digunakan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid antara 26- 28 hari. Hari pertama turun haid adalah hari-1. Maka hari ovulasi jatuh pada hari 13 atau 14. Telur mempunyai jangka hayat selama 24 jam selepas ovulasi berlaku. Sperma pula boleh berada dalam rahim sehingga 3- 5 hari.

Sperma menunggu kehadiran telur

Oleh itu terdapat waktu subur bagi setiap kitaran. Bermakna sekiranya bersama dengan suami pada waktu ini, peluang untuk mengandung adalah lebih tinggi berbanding pada waktu lain. Masa yang terbaik untuk bersama suami adalah 2 atau 3 hari sebelum ovulasi berlaku. Secara teorinya kita ingin sperma menunggu kehadiran telur. Jadi sekiranya anda mempunyai kitaran haid 26- 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke-13 atau 14 maka anda perlu mula bersama pada hari ke-11. Untuk mudah, anda cuba bersama pada hari 11, 13 dan 15. InsyaAllah, anda akan kena pada sasarannya!

Sekiranya anda tidak mahu menghitung hari kitaran haid anda, atau sudah lupa hari dalam kitaran ataupun tertekan untuk menghitung, maka bersamalah setiap 2-3 kali seminggu.

Lakukan 2-3 kali seminggu!

Namun begitu sekiranya kitaran haid anda tidak tetap, ini mungkin menunjukkan tiada proses ovulasi berlaku. Ini mungkin disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor fertiliti anda untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print