Ramai yang bertanyakan apakah kesan jangkitan Covid-19 kepada iby yang mengandung. Pada umumnya, wanita yang hamil tidak mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat jangkitan yang serius dari Covid-19 jika dibandingkan dengan masyarakat sihat yang lain. Kebanyakkan wanita yang dijangkiti Covid-19 mempunyai symptom yang ringan dan sederhana.
Symptom yang lebih serius seperti radang paru- paru (pneumonia) didapati terjadi dengan lebih kerap kepada golongan yang lebih berusia, mempunyai system imun yang lemah atau mempunyai penyakit kronik. Sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami jangkitan yang lebih serius berbanding dengan masyarakat sihat yang lain.
Bagaimana pula dengan kesannya kepada bayi yang dikandung?
Sehingga kini, data menunjukkan jangkitan Covid-19 tidak menyebabkan keguguran, kelahiran awal atau pramatang. Data juga menunjukkan tiada bukti yang mengatakan terdapat risiko jangkitan dari ibu yang hamil kepada bayi di dalam kandungan (vertical transmission). Namun terdapat juga kes- kes baru yang menunjukkan bayi dilahirkan dijangkiti virus Covid-19. Walaubagaimanapun, bayi tersebut dilaporkan sihat.
Perlu dinyatakan disini, virus Covid-19 adalah virus yang baru. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperhatikan.
Apakah yang boleh dilakukan ketika ini bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19?
Mengamalkan penjarakkan social, kerap membasuh tangan dan hindari terdedah kepada mereka yang mempunyai symptom yang berkemungkinan mengalami jangkitan Covid-19.
Bagaimana pula dengan pemeriksaan antenatal, perlukah saya lakukan?
Ibu yang hamil perlu meneruskan pemeriksaan antental seperti yang dijadualkan. Walaupbagaimana sekiranya terdapat symptom jangkitan seperti demam dan batuk, adalah dinasihatkan agar berhubung dahulu dengan pakar perbidanan untuk mengetahui bagaimana pemeriksaan antenatal boleh dilakukan. Sekiranya perlu dilakukan apakah langkah yang terbaik untuk melakukan pemeriksaan tersebut. Sesetengah hospital dan klinik mempunyai ruang khas untuk menyaring ibu yang disyaki dijangkiti dengan virus di ruang tertentu.
Apakah kesan wabak Covid-19 dalam proses saya bersalin?
Kebanyakkan hospital akan juga melakukan saringan jangkitan covid-19 sebelum membenarkan anda ke dewan bersalin. Symptom jangkitan Covid-19 seperti demam dan batuk akan disoal. Sesetengah hospital juga akan menjalankan ujian Covid-19 sebagai salah satu ujian yang perlu dilakukan sebelum membenarkan masuk ke dewan bersalin atau ke wad. Ini adalah sebagai langkah berjaga- jaga bagi memastikan risiko jangkitan virus Covid-19 berada pada paras minima.
Suami dibenarkan untuk menemani isteri ketika bersalin. Namun begitu, ketika wabak ini sedang meningkat, sesetengah hospital tidak membenarkan suami masuk ketika isteri bersalin. Ini adalah sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Anda digalakkan untuk berhubung dengan wad bersalin anda bagi mendapat maklumat yang lebih jelas lagi mengenai langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan.