Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SAYA TAKUT » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-Ygq7oz

SAYA TAKUT

Baru-baru ini ada sepasang suami isteri yang pertama kali datang ke klinik kami di Pusat Kesuburan Sophea. Suami berkata beliau tidak bercadang pun untuk masuk ke klinik kami hanya sekadar membawa isteri jalan-jalan. Tetapi entah kenapa kali ini terdetik untuk datang singgah di klinik kami. Apabila bertemu dengan kedua pasangan suami isteri ini, maka jelas mereka kelihatan takut dan tidak selesa sama sekali.  Namun perasaan takut itu dapat dikurangkan dengan bersembang santai dahulu.

‘Encik sudah berapa lama berumah tangga?’

‘Kami dah sepuluh tahun dah kahwin’

‘Sekarang encik dan puan umur 33 tahun, maksudnya berkahwin pada usia muda iaitu 23 tahun/

‘Ya, betul tu doktor. Kami kahwin suka sama suka’

‘Sejak kahwin ada tidak periksa dengan mana- mana doktor?’

‘Tidak ada doktor. Sebab kamu berdua sihat sahaja. Tidak pernah sakit dan tidak pernah masuk wad’

‘Pernah tak ambil darah, periksa kesihatan atau apa-apa pemeriksaan?’

‘Tak pernah doktor. Sebab kami sihat. Tidak pernah sakit. Tidak ada masalah. Jadi kami tidak rasa perlu untuk periksa kesihatan. Cuma kami tidak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata.’

‘Jadi encik dan puan tidak pernah periksa sebab mengapa tidak dapat cahaya mata lagi’

‘Aaah, erm betul tu doktor. Tak pernah.’

‘Maaf saya bertanya. Agak- agak kenapa tak datang periksa ya?’

‘Erm, sebenarnya doktor saya takut’

‘Apa yang encik takutkan?’

‘Ubat ke? Suntikan ke?’

‘Tak doktor. Saya takut… kalau- kalau, saya yang salah. Saya takut sebab saya, isteri saya tidak mengandung lagi’

‘Kenapa encik berfikiran macam tu?’

‘Saya rasa sebab, saya tengok isteri saya sihat sahaja. Kitaran bulan dia normal. Jadi mestilah saya penyebabnya’

‘Saya takut kalau saya tak mampu nak terima hakikatnya diri saya yang salah’

‘Abang ni suka fikir yang bukan-bukan. Kita tak periksa pun lagi abang dah buat kesimpulan’ sampuk si isteri.

‘Betul tu. Sebenarnya bukanlah kita nak cari siapa yang bersalah atau who’s fault it is. Tapi sebenarnya kita nak tahu apakah langkah yang boleh diambil bagi membolehkan encik dan puan menimang cahaya.  Untuk mengetahui langkah atau rawatan apakah yang paling sesuai, kita kena tahu apakah sebab mengapa encik dan puan walaupun dah berkahwin lebih sepuluh tahun tetapi masih belum Berjaya menimang cahya mata’.

‘Ya doktor sebab itulah saya paksa juga diri saya dan bawa sekali isteri saya datang jumpa doktor hari ni. Sebenarnya saya dah banyak kali ulang alik di depan klinik ini. Cuma kali ini saya beranikan diri saya masuk juga dalam klinik. Kalau tidak saya hanya pusing balik ke rumah sebab takut.’

‘Encik tidak perlu takut. Memang susah kadang- kadang untuk atasi perasan begini. Encik bukan seorang sahaja yang mengalami kesukaran ini. Ramai lagi pasangan yang berada dalam situasi ini.

Tahniah saya ucapkan! Hari ini encik beranikan juga diri. Ini adalah suatu langkah yang besar dan penting. Saya berharap encik dan puan akan meneruskan usaha murni ini agar impian encik dan puan menjadi kenyataan’

‘Memang diakui, usaha ini bukannya mudah. Kena terus berusaha dan kita sama- sama berdoa. Tapi hari ini, encik sudah pun berjaya. Encik Berjaya mengatasi perasaan takut encik yang penghalang pertama bagi impian menimang cahaya mata. Maka saya sekali lagi ucapkan tahniah buat encik dan puan berdua’.

“Fear is the most subtle and destructive of all human diseases. FEAR KILLS DREAMS AND HOPE.’

-Les Brown

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print