Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
e-Konsultasi » Laman Fertiliti Kernamu

e-Konsultasi

Oleh kerana kesibukan harian, sesetengah pasangan tidak berpeluang untuk berjumpa doktor untuk bertanya mengenai kesukaran yang dihadapi mereka untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang tidak boleh hadir bersama pada waktu bekerja. Ada yang segan, malu atau pun takut untuk kehadapan. Ada juga yang tidak pasti apa yang akan berlaku apabila bertemu dengan doktor atau kos yang terlibat. Kesemua perkara ini boleh menjadi penghalang kepada pasangan untuk memulakan langkah pertama bagi mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar fertiliti.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh berbincang dengan doktor pakar fertiliti secara online melalui WhatsApp video secara percuma. Tidak kira samada di rumah, di tempat kerja atau di mana saja anda berada. Anda hanya perlu memilih slot yang sesuai dengan mengisi borang latar belakang kesihatan yang ringkas.

Sesi e-konsultasi ini akan dijalankan dengan menggunakan WhatsApp video selama lebih kurang 15 minit. Bagi membantu sesi ini berjalan dengan lancar, anda dinasihatkan agar menggunakan talian WIFI yang stabil dan berada dalam ruang yang terang dan tenteram.

Namun begitu perlu dinyatakan di sini, sesi ini bukanlah sebagai pengganti sesi konsultasi penuh yang biasa di lakukan di pusat fertiliti. Tujuan utama e-konsultasi ini adalah untuk membincang dan memberi gambaran ringkas mengenai isu berkaitan kesuburan termasuklah ujian dan rawatan yang dapat dilakukan.

Sebagai permulaan, tempat adalah terhad kepada 2 slot seminggu sahaja. Sila isi maklumat latarbelakang kesihatan di bawah dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat untuk pengesahan slot anda.

<<BORANG e-KONSULTASI>>