Intrauterine Insemination (IUI) atau juga dikenali sebagai permanian beradas yang dilakukan apabila sperma dari suami yang telah diproses dimasukkan ke dalam rahim isteri. Tujuan proses ini adalah bagi meningkatkan kebarangkalian proses persenyawaan berlaku. Rawatan IUI ini melibatkan beberapa siri saringan ujian imbasan bunyi (ultrasound) kepada isteri bagi memastikan pembesaran telur dan waktu yang terbaik untuk IUI dilakukan. Secara kebiasaannya, rawatan IUI ini boleh ditawarkan kepada pasangan yang mempunyai bacaan sperma yang separa optimal (mild male factor) ataupun kepada pasangan yang tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan (unexplained infertility) selepas disaring.
Rawatan IUI ini adalah kurang intensif berbanding dengan rawatan IVF. Kos rawatan IUI juga jauh lebih murah berbanding dengan IVF. Namun begitu peratus pasangan yang berjaya mengandung adalah lebih rendah dibandingkan dengan rawatan IVF. Ini adalah kerana walaupun rawatan IUI menempatkan sperma ke dalam rahim isteri, faktor lain seperti waktu optima IUI dilakukan dan maklumat samada berlaku atau tidak proses persenyawaan dan perkembagan embrio yang terhasil tidak dapat diketahui jika dibandingkan dengan rawatan IVF.
1 thought on “IUI”
Comments are closed.