Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BAGAIMANAKAH SIKAP ANDA KETIKA MENGHARUNGI RAWATAN KESUBURAN? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-pMs8sw

BAGAIMANAKAH SIKAP ANDA KETIKA MENGHARUNGI RAWATAN KESUBURAN?

Ramai pasangan yang merasai bertapa rumitnya rawatan kesuburan ini. Kajian menunjukkan pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kesuburan mempunyai tahap stress yang tinggi. Ada yang menunjukkan tahap tekanan ini adalah setinggi mereka yang mempunyai kanser.

Ini adalah kerana masalah kesuburan ini tidak melibatkan kesakitan fizikal atau kesengsaraannya yang dapat dilihat dengan mata kasar. Namun ianya teramat jauh terasa dilubuk hati. Ianya mengganggu perasaan dan pimikiran setiap pasangan.

Semestinya rawatan kesuburan mendatangkan banyak kerisauan dan kegusaran bagi setiap pasangan. Adakah rawatan ini akan berjaya? Terdapat segala 1001 persoalan difikiran. Namun apakah sikap yang terbaik bagi setiap pasangan suami isteri ketika melalui rawatan ini?

Mempunyai pemikiran dan mengambil sikap yang positif adalah penting bagi membolehkan pasangan melalui kehidupan mereka dengan baik. Memiliki pemikiran yang positif tidak bermaksud pasangan suami isteri menafikan keadaan sebenar, yang segalanya akan menjadi baik- baik belaka dan tidak menghiraukan kebimbangan yang ada. Tetapi pendekatan yang positif adalah memilih untuk memberi perhatian yang lebih kepada perkara yang baik berbanding perkara yang tidak baik. Ianya juga memberi perhatian kepada perkara yang ada dari perkara yang tidak ada.

Terdapat satu kajian yang dilakukan kepada pasangan yang melalui rawatan IVF. Salah satu peringkat akhir rawatan tersebut adalah apabila pasangan perlu menunggu masa bagi melakukan ujian samada mereka berjaya mengandung. Penungguan ini adalah suatu penyeksaan. Namun apakah langkah yang boleh diambil bagi memberikan seseorang itu kekuatan untuk melaluinya dengan baik. Kajian ini telah menggariskan antaranya 10 langkah yang boleh diambil oleh pasangan sebagai langkah dan taktik ketika menempuhi perjalanan rawatan kesuburan tersebut :-

  1. Melakukan perkara atau aktiviti yang membuatkan anda gembira.
  2. Mengambil hikmah akan sebalik sesuatu yang terjadi.
  3. Memberi perhatian kepada kebaikkan sesuatu perkara.
  4. Mengambil langkah yang terbaik bagi setiap situasi.
  5. Memikirkan perkara yang baik yang pernah berlaku dalam kehidupan.
  6. Fokus kepada perkara yang baik dalam sesuatu situasi.
  7. Cari benda yang baik dalam setiap perkara.
  8. Melakukan aktiviti yang berfaedah.
  9. Focus kepada benda yang baik dan bukan hanya perkara yang tidak baik.
  10. Belajar dari pengalaman.

Setiap pasangan berbeza. Setiap seseorang mempunyai kekuatan dan kelemahan. Senarai di atas hanyalah sebagai cadangan. Senang untuk kita senaraikan. Senang untuk kita ucapkan. Namun hanya mereka yang mengharungi rawatan kesuburan ini yang tahu sejauh mana cabaran yang perlu dilalui. Mengetahui akan apa yang boleh berlaku dan mempunyai jangkaan yang munasabah membantu sesorang itu mengharungi perjalanan naik turunnya rawatan kesuburan.

Begitu juga dengan menggunakan senjata yang kita sentiasa ada iaitu berdoa dan mengharap kepada yang berkuasa akan bertapa kerdilnya diri ini, sebagai perisai dan sumber kekuatan setelah berusaha dan berikhtiar dengan cara yang terbaik bagi mendapatkan zuriat yang diredhaiNya.

Rujukan.
Deborah Lancastle, Jacky Boivin, A feasibility study of a brief coping intervention (PRCI) for the waiting period before a pregnancy test during fertility treatment, Human Reproduction, Volume 23, Issue 10, October 2008, Pages 2299–2307, https://doi.org/10.1093/humrep/den257

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print