Semesti banyak tanda persoalan apabila rawatan kesuburan IVF tidak berjaya. Walaupun IVF mempunyai kadar peratus berjaya yang tinggi, rawatan IVF juga berkemungkinan tidak berjaya. Apabila menjalankan rawatan IVF, setiap pasangan dan doktor hanya mempunyai satu matlamat iaitu agar pasangan berjaya mengandung. Walaupun ramai yang ketahui bukan setiap rawatan IVF itu akan berjaya, adalah juga penting bagi kita mengetahui apakah sebab mengapa rawatan IVF tidak berjaya dan apakah langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan peluang agar rawatan yang diberikan akan berjaya.
Untuk rawatan IVF berjaya, ianya memerlukan embrio berkualiti baik untuk diletakkan semula ke dalam rahim. Rahim perlu bersedia menerima embrio dan embrio pula mampu menempel di dinding rahim. Sekiranya salah satu faktor ini tiada, maka embrio tersebut tidak mampu menempel di dinding rahim. Adapun berjaya menempel namun ianya tidak berkekalan dan seseorang wanita itu melalui keguguran.
Antara faktor utama bagi rawatan ini berjaya adalah kualiti embrio. Embrio yang mempunyai kualiti yang tinggi mempunyai peratusan berjaya yang lebih berbanding dengan embrio yang mempunyai kualiti yang rendah. Embrio yang membahagi dan berjaya sehingga peringkat Blastocyst (hari ke 5-6) adalah lebih berperluang untuk menempel bila dibandingkan dengan hari ke 2-3 embrio.
Embrio yang mempunyai kualiti yang terbaik mempunyai 50% peluang menempel di dinding rahim. Embrio yang berkualiti rendah masih boleh menempel dengan peratusan hampir 20%. Kualiti embrio bergantung dengan kualiti telur dan sperma yang bersenyawa dan menghasilkan embrio tersebut. Sistem penilaian embrio bukanlah 100% sempurna. Kualiti telur bergantung kuat pada faktor umur wanita: perlu diingat bahawa kualiti telur akan merosot pada umur 35 tahun dan terus merosot pada umur 40 tahun. Ini boleh dilihat dengan jelas apabila perbandingan dibuat kepada peratusan kejayaan IVF menurut umur wanita. Umur lelaki juga mempunyai kesan pada kualiti sperma. Bagaimnapun kesan yang diberikan tidak sejauh umur wanita. Faktor luaran seperti merokok boleh menjejaskan kualiti telur dan sperma.
Embrio yang mempunyai kualiti yang terbaik tidak semestinya berjaya menempel dan menghasilkan kandungan yang normal. Ini adalah kerana dianggarkan hampir 35% embrio yang berkualiti baik mempunyai kandungan genetik yang tidak normal. Embrio yang mempunyai genetik yang tidak normal selalunya tidak mampu untuk menempel dengan baik. Ada juga yang berjaya menempel pada awalnya, namun berakhir dengan keguguran. Embrio yang tidak mempunyai genetik yang normal selalunya tidak berjaya menempel atau berakhir dengan keguguran. Oleh itu, kandungan yang berjaya dari rawatan IVF selalunya menghasilkan bayi yang normal.
Salah satu cara bagaimana mengetahui samada embrio tersebut mempunyai kandungan genetik yang normal adalah dengan melakukan ujian genetik ke atas embrio tersebut atau lebih dikenali dengan Pre-implantation Genetic Screening (PGS). Walaupun PGS, secara teorinya mampu meningkatkan kadar kejayaan IVF, manfaat penggunaannya secara menyeluruh masih di dalam kajian. Ianya juga akan meningkatkan lagi kos rawatan IVF.
Embrio berkembang di dalam makmal perlu diletakkan semula ke dalam rahim. Di kebanyakkan kes, embrio mampu diletakkan semula ke dalam rahim tanpa sebarang masalah. Namun begitu, bukan semua embrio senang diletakkan semula. Ada yang memerlukan beberapa langkah lain diambil. Sesetengahnya mengalami pendarahan. Ada juga yang tidak selesa atau mengalami kesakitan ketika prosedur embrio diletakkan semula ke dalam rahim. Ianya tidak jelas bagaimana faktor ini mempengaruihi kejayaan pemindahan embrio tersebut kerana terdapat banyak kes yang mana embrio masih berjaya menempel dan mengandung seterusnya tanpa sebarang masalah walaupun terdapat kesukaran, kesakitan dan pendarahan ketika pemindahan embrio dibuat. Apapun secara kasarnya, rawatan akan lebih berjaya sekiranya proses pemindahan embrio berlaku dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Selepas embrio dipindahkan, ianya harus menempel. Ini adalah salah satu perkembangan yang tidak difahami sepenuhnya dan tidak dapat dijangkakan. Apa yang diketahui adalah peluang ianya menempel berkurang sekiranya dinding rahim adalah nipis (kurang dari 7mm) atau terdapat apa- apa masalah lain seperti fibroid, polyp dan parut pada dinding rahim. Lagi besar dan banyak masalah tersebut lagi berkurangan peluang untuk embrio menempel. Namun begitu, embrio masih boleh menempel walaupun dinding rahim nipis. Begitu juga dengan keadaan di mana terdapat fibroid dan polyp. Pembedahan membuang ketumbuhan ini tidak diketahui dengan jelas sejauh mana ianya mampu meningkatkan peluang mengandung.
Ramai pesakit yang risau samada badan mereka menolak embrio dan bimbang sekiranya ianya berkait rapat dengan system immune dalam badan. Ini adalah salah satu aspek yang masih tidak jelas sehingga kini. Walaupun telah banyak kajian yang dilakukan dan pelbagai rawatan telah diberi, ianya masih tidak jelas samada sejauh mana system immune dalam badan memainkan peranan dalam menerima atau menolak embrio tersebut. Buat ketika ini, kita ketahui ramai wanita yang mempunyai masalah kesihatan dan masalah auto-immune masih mampu mengandung secara semulajadi tanpa sebarang masalah. Begitu juga dengan tekanan atau stress. Ianya sesuatu yang sukar untuk dikira secara objektif.
Walaubagaimana pun digalakkan akan semua pasangan yang melalui proses rawatan kesuburan ini mengurangkan dan mengendalikan tahap tekanan masing- masing pada paras yang rendah. Maka tidak hairanlah ramai yang menggunakan rawatan alternative seperti Akupuncture, reflesologi bagi mengurangkan stress dan berharap agar rawatan IVF berjaya.
Kesimpulannya adalah, kejayaan IVF akan lebih berjaya sekiranya dilakukan ketika di usia yang muda, sekiranya embrio yang berkualiti diletakkan semula ke dalam rahim, pemindahan berlaku dengan mudah dan jika ketebalan dinding rahim berada pada tahap optimal. Namun begitu rawatan IVF masih boleh berjaya apabila keadaan tidak semuanya sempurna. Akhirnya setiap embrio walau apapun kualitinya masih mampu menempel, walau apapun usia anda, walau bagaimna sukar pun pemindahan embrio dan sekiranya dinding rahim tidak setebal yang diharapkan, kandungan masih berlaku. Faktor luaran seperti stress dan system immune masih tidak begitu jelas dalam mempengaruhi samada embrio mampu menempel atau tidak. Sebaliknya, kejayaan IVF masih tidak boleh dijamin 100% untuk ianya berjaya walaupun semuanya faktor di atas berada dalam keadaan optimal.