Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
9 CARA TINGKATKAN KESUBURAN ANDA » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-ZWcXCV

9 CARA TINGKATKAN KESUBURAN ANDA

TTC perlu tahu bagaimanakah caranya meningkatkan kesuburan dan menimang cahaya mata. Tidak semua faktor berada dalam pilihan usaha kita. Ada yang boleh kita ubah dan perbaiki ada yang tidak. Namun dalam entry kali ini, kita bincangkan apakah yang boleh dilakukan bagi ttc bagi meningkatkan peluang mengandung.

  • Mula di usia yang muda
    • Tidak semua orang bernasib baik untuk berumah tangga pada usia muda.
    • Pendidikan, kerjaya dan rezeki berjumpa pasangan adalah faktor utama mengapa purata usia wanita berumah tangga kini semakin lambat berbanding dengan zaman dahulu.
    • Namun setiap wanita perlu mengetahui usia adalah faktor utama kesuburan seseorang wanita.
    • Kadar kesuburan wanita akan mula menurun pada usia awal 30-an, and terus menurun pada usia 35 dan menjunam lagi pada usia 40 ke atas.
    • Kadar kesuburan lelaki hanya mula menurun pada usia 45 tahun.
  • Gaya hidup
    • Tidak seperti usia, gaya hidup adalah salah satu faktor yang boleh diubah.
    • Memilihi BMI yang normal akan meningkatkan kesuburan seseorang itu.
    • Melakukan senaman tiga kali seminggu boleh meningkatkan kesuburan.
    • Makan makanan yang seimbang boleh meningkatkan kesuburan.
    • Berhenti merokok dan jangan sekali- kali mencuba vape. Rokok akan memberi kesan kepada kesuburan anda. Begitu juga vape.
    • Supplement untuk wanita yang sedang ttc adalah Folic acids dan Vitamin D perlu diambil.
  • Status Rubella & Chicken pox
    • Sekiranya anda belum menerima suntikan vaccine MMR, maka bolehlah periksa status antibody terhadap Rubella. Sekiranya belum mendapat vaksin Rubella, bolehlah mendapatkannya sebelum mengandung. Anda dinasihatkan untuk TIDAK mengandung paling kurang sebulan selepas vaksin diterima. Jangkitan rubella ketika mengandung akan memberi kesan kepada perkembangan bayi.
    • Begitu juga dengan chicken pox. Sekiranya anda belum mendapat chicken pox, anda dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin chicken pox. Sekiranya anda mendapat vaksin chicken pox, anda dinasihatkan untuk TIDAK mengandung sebulan selepas suntikan.
  • Kerap bersama
    • Bersama 2-3 hari sekali akan meningkatkan peluang mengandung.
    • Ianya juga mampu meningkatkan kualiti sperma.
  • Bersama sebelum ovulasi dan ketika ovulasi berlaku
    • Kajian menunjukkan bersama 2 hari sebelum ovulasi (26%), adalah waktu yang paling optimum untuk mengandung.
    • Ianya diikuti 3 hari sebelum ovulasi (24%), sehari sebelum ovulasi (21%) dan pada hari ovulasi tersebut (10%).
    • Peratus kejayaan mengandung adalah 1% selepas ovulasi berlaku.
  • Trek kitaran haid anda
    • Apabila kita trek kitaran haid, kita akan lebih mengetahui akan tanda- tanda waktu subur dan bila perlu bersama.
    • Ketahuilah tanda- tanda waktu subur seperti perubahan kepada lendiran yang menjadi seperti putih telur, kenaikkan suhu badan.
    • Anda boleh trek dengan menggunakan apps atau ujian air kencing atau lebih dikenali sebagai OPK.
    • Sekiranya kitaran haid tidak menentu, anda digalakkan berjumpa doktor.
  • Jaga dan pantau penyakit yang sedia ada
    • Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti thyroid atau pun kencing manis, ianya perlulah dijaga sebaiknya.
  • Ketahui peratus kejayaan mengandung
    • 80% pasangan akan mengandung selepas mencuba selama setahun.
    • Ini dijadikan sebagai sandaran bagi ttc.
    • Sekiranya selepas setahun mencuba, namun belum ada rezeki maka perlu berjumpa doktor untuk disaring.
  • Jumpa doktor awal
    • Jangan lengahkan berjumpa doktor.
    • Seperti keadaan penyakit yang lain, lebih awal dikenal pasti, lebih awal dirawati, lebih tinggi peratus kejayaan mengandung.

Pasangan ttc dinasihati untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print