Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
RAWATAN IVF ADALAH JUGA DIAGNOSTIK » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-IeFsql

RAWATAN IVF ADALAH JUGA DIAGNOSTIK

Terdapat pasangan yang tidak dapat diketahui mengapa terdapat kesukaran untuk menimangkan cahaya mata. Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan. Semuanya kembali normal. Tetapi persoalannya jika normal, kenapa tidak lagi kesampaian untuk mengandung. Ini adalah persoalan yang bermain difikiran ttc.


Oleh kerana ujian yang ada adalah kebanyakkannya adalah berbentuk kuantiti dan bukan kualiti. Selain dari usia wanita sebagai penentu kuat untuk kualiti telur, tidak ada lagi ujian yang boleh memeriksa kualiti telur, sperma dan embryo. Namun begitu apabila rawatan IVF dilakukan, maka barulah lebih banyak maklumat diketahui mengenai kualiti telur, sperma dan embryo yang terhasil. Maka di sini rawatan IVF juga adalah sebuah bentuk ujian diagnostik seperti ujian lain yang dilakukan.

Dengan melakukan rawatan IVF, kita boleh ketahui sekiranya kantung folikel yang didapati itu mempunyai telur yang sudah matang atau sebaliknya. Ini termasuklah mengetahui samada kantung tersebut mempunyai telur atau ianya adalah folikel yang kosong (Empty Follicle Syndrome).

Daripada siri ujian ultrasound yang dilakukan, adalah dijangkakan sekitar 80% folikel yang sudah besar saiznya mempunyai telur. Tetapi terkadang apabila air folikel disedut, tidak ada telur yang diperolehi. Maka bagi wanita ini kita tahu bahawa Empty Follicle Syndrome adalah penyebab ketidaksuburan beliau.

Begitu juga dengan kematangan telur. Secara umumnya, kematangan telur dapat diukur dengan saiz folikel. Semakin besar ukuran folikel pada ultrasound, maka telur akan semakin matang. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya berlaku. Kadang kala menjumpai folikel yang kelihatan sudah besar, tetapi setelah telur dikeluarkan didapati bahawa telur belum matang dan tidak dapat bersenyawa dengan baik.

Masalah persenyawaan adalah antara perkara yang dapat didiagnos bagi mereka yang melakukan rawatan IVF. Kadang kala, jumlah telur yang diperolehi adalah memuaskan. Sperma juga kelihatan normal dan baik. Namun didapati tiada persenyawaan berlaku. Atau jumlah persenyawaan adalah tidak seperti yang diharapkan. Ini adalah satu ujian diagnostic di mana kadar persenyawaan adalah rendah. Maka terdapat dengan isu kualiti telur atau sperma atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada itu, terdapat juga informasi tambahan yang dapat diketahui dengan memperlihat perkembangan embrio yang perlahan. Apabila telah disenyawakan embrio akan membahagi pada kadar waktu tertentu. Di sesetengah kes, kadar pembahagian embryo adalah jauh lebih lambat dan lama. Perkembangan embrio yang perlahan ini menyebabkan perkembangannya tidak sejajar (not in sync) dengan perkembangan dinding rahim bagi proses penempelan berlaku.

Maka dengan melalui rawatan IVF, banyak maklumat dapat diperolehi. Ini semestinya akan mencorak langkah rawatan seterusnya. Sebagai contoh sekiranya telur yang diambil adalah tidak matang, maka waktu telur diketip (OPU) dilakukan pada kitaran akan datang akan dilambatkan pada sesuatu ketika, agar telur yang matang diperolehi. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, langkah ICSI akan dilakukan di mana sperma akan disuntik terus ke dalam telur. Sekiranya embrio berkembang dengan lebih perlahan dari perkembangan dinding rahim, maka embrio tersebut akan dibekukan dahulu. Ianya akan di transfer pada kitaran akan datang agar waktu transfer dapat dilakukan tepat pada waktu yang optimal.

Setiap kitaran yang dilalui akan memberikan lebih banyak maklumat bagi menambah baik rawatan yang diberikan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print