Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
KESIHATAN SUAMI JUGA MEMPENGARUHI KANDUNGAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-RJhzhv

KESIHATAN SUAMI JUGA MEMPENGARUHI KANDUNGAN

Ramai yang beranggapan hanya keadaan kesihatan ibu yang memainkan peranan pada setiap kandungan. Pandangan ini sama sekali tidak tepat. Hasil kajian terkini menunjukkan kesihatan ayah juga memainkan peranan penting kepada perkembangan bayi di dalam kandungan. 

Hampir satu dari empat wanita yang mengandung berisiko mengalami keguguran, kandungan luar rahim (ektopik) dan bayi meninggal di dalam rahim (stillbirth). Risiko ini meningkat sekiranya suami atau bakal bapa mengalami masalah kesihatan (sindrom metabolik) seperti  obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi. Risiko bertambah apabila lebih dari satu masalah kesihatan dialami oleh bakal bapa. 

Risiko keguguran meningkat sebanyak 10%, 15% dan 19% untuk lelaki yang mengalami satu, dua atau tiga atau lebih penyakit metabolik

Dalam satu kajian yang melibatkan hampir sejuta kehamilan diantara tahun 2009 dan 2016 di Amerika Syarikat, para penyelidik mendapati bahawa jika bapa mempunyai sindrom metabolik,  maka terdapat peningkatan risiko keguguran.

Berbanding dengan lelaki yang tidak mempunyai sindrom metabolik, risiko keguguran meningkat sebanyak 10%, 15% dan 19% untuk lelaki yang mengalami satu, dua atau tiga atau lebih penyakit metabolik tersebut.

Profesor Madya Michael Eisenberg dari Stanford University School of Medicine (California, AS), yang mengetuai penyelidikan itu, menyatakan: “Sudah lama diketahui bahawa kesihatan ibu mempunyai pengaruh pada perkembangan bayi pada saat kelahiran. Ini adalah kajian pertama yang menunjukkan bahawa kandungan juga dipengaruhi akan keadaan kesihatan lelaki.

“Dalam kumpulan lelaki yang dikaji, risiko keguguran adalah 17% pada pasangan di mana ayah sihat dan tidak mempunyai komponen sindrom metabolik tetapi meningkat menjadi 21% pada pasangan di mana ayah mempunyai satu komponen sindrom metabolik, 23% di mana dia mempunyai dua, dan 27% di mana dia mempunyai tiga atau lebih.

“Walaupun kajian ini tidak dapat membuktikan bahawa kesihatan ayah yang tidak optima adalah penyebab keguguran, namun kajian ini menunjukkan ada hubungan dan kesannya. Implikasi klinikal dari penemuan ini adalah bahawa persiapan serta kaunseling sebelum mengandung perlu melibatkan bakal ayah, kerana kesihatannya memberi kesan penting pada kandungan. “

..meningkat menjadi 21% pada pasangan di mana ayah mempunyai satu komponen sindrom metabolik, 23% di mana dia mempunyai dua, dan 27% di mana dia mempunyai tiga..

Sebanyak 4.6% lelaki dalam kajian berusia lebih dari 45 tahun dan 23.3% mempunyai sekurang-kurangnya satu komponen sindrom metabolik sebelum hamil. Terdapat 785,809 kelahiran hidup dan 172,995  (22%) keguguran akibat kehamilan ektopik, keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan dalam tempoh kajian.

Keguguran meningkat seiring dengan usia ibu dan keadaan kesihatan yang dialaminya. Namun walaupun makanisme yang masih belum dikenal pasti, kesihatan ayah ternyata memainkan peranan yang penting. 

Prof Eisenberg berkata: “Kami membuat hipotesis bahawa kesihatan dan gaya hidup ayah mempengaruhi pembentukan genetik dan ekspresi genetik dalam sperma, dan ini dapat mengubah seberapa baik fungsi plasenta. Sekiranya plasenta tidak berfungsi dengan baik maka ini boleh menyebabkan keguguran; misalnya, kita sudah tahu bahawa merokok dan diet ayah dapat mempengaruhi kualiti sperma. “

Rujukan

  1. Association between preconception paternal health and pregnancy loss in the USA: an analysis of US claimants”, by Alex M. Kasman et al. Human Reproduction journal. doi:10.1093/humrep/332

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print