Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
IVF TIDAK EFISIEN? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-3i3tt2

IVF TIDAK EFISIEN?

IVF adalah antara rawatan perubatan yang masih tidak berkesan. Begitulah yang dikatakan oleh salah seorang pakar fertiliti dalam sidang conferen webinar yang di adakan baru- baru ini. Ini adalah kerana hanya 30% pasangan berjaya melahirkan bayi. Ini bermakna setinggi 70% pasangan tidak dapat apa yang diimpikan. Jika ini dianggap sebagai pelaburan, semestinya ianya adalah sejenis pelaburan yang tidak memberangsangkan sama sekali. 

Pakar tersebut menerangkan lagi, sambil menunjukkan graf, jika dilihat pada pasangan yang melalui rawatan IVF, pada setiap peringkat rawatan, peringkat yang paling terkesan adalah ketika waktu pemeriksaan darah samada mengandung atau sebaliknya. Ternyata ramai yang tidak berjaya mengandung. 

..fakta yang kukuh menyatakan 70- 75% rawatan IVF gagal..

Jika dilihatkan pada graph di atas, dari 100 yang memulakan rawatan IVF, 90% berjaya sampai kepada peringkat kutip telur (Oocyte Pick Up). Dari situ, 80% berjaya melalui peringkat embryo transfer. Namun selepas embryo transfer, hanya antara 25- 30% berjaya mengandung. Ini adalah satu penurunan yang paling ketara sekali. 

Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis pantang larang selepas embryo transfer. Termasuklah sehingga wanita tidak boleh langsung bangun untuk memastikan embryo-nya terus melekat. Terdapat pelbagai teori dan kemungkinan mengapa embryo tidak berjaya melekat dan membahagi seterusnya. 

Antara faktor utama adalah faktor embryo dan faktor penerimaan rahim tersebut. Kebanyakkan embryo yang hanya di periksa mengikut bentuk dan rupa luaran sahaja. Ujian genetik tidak dilakukan kerana kos tinggi. Maka pakar makmal atau embryologist hanya mempunyai satu aspek iaitu aspek luaran bagi gred diberikan kepada embryo. Walaupun sekiranya gred embryo itu baik, ini tidak semestinya embryo tersebut adalah sihat dan mampu membahagi sepenuhnya. Maka gred yang diberikan bukanlah satu pemeriksaan yang menyeluruh bagi setiap embryo. Tidak hairanlah mengapa disesetengah keadaan, gred embryo bukanlah yang terbaik, namun berjaya mengandung. Begitu juga sebaliknya. Jika ujian genetik dilakukan pada embryo tersebut, embryo yang mempunyai genetik yang normal mempunyai peritus berjaya menempel sehingga 60- 70%. 

Faktor penerimaan rahim pula berasaskan pada teori “window of implantation”. Ianya di mana seolah- olah dinding rahim akan menerima embryo menempel pada hanya waktu tertentu. Sekiranya embryo di transfer luar dari waktu khas ini, samada terawal atau terlambat, maka dinding rahim tidak lagi akan menerima embryo tersebut dan maka embryo tidak akan mampu menempel dan membahagi seterusnya. Terdapat apa yang dikatankan sebagai “cross- talk” antara embryo dan dinding rahim. Ada pelbagai reaksi kimia yang rumit berlaku ketika “cross- talk” tersebut.

“cross-talk” antara embryo dan dinding rahim

Selain daripada itu terdapat juga teori lain seperti faktor imun system yang seolah-olah menganggap embryo sebagai sel asing dan menganggu penempelan embryo tersebut. Faktor dinding rahim yang ada polyp, lekatan dan jangkitan yang juga boleh memberi kesan. 

Memang susah untuk diketahui apakah faktor sebenar mengapa embryo tidak melekat. Ini adalah kerana sebab yang sebenar tidak dapat diketahui sepenuhnya. Tiada juga ujian yang boleh dilakukan untuk mendapat tahu apakah sebab sebenarnya. Maka tidak hairanlah mengapa ada pasangan yang perlu melakukan rawatan IVF atau embryo transfer berkali- kali sehingga berjaya. 

Sehingga sains dapat menjawab semua persoalan pada setiap peringkat rawatan IVF, sehingga itulah kita hanya mampu meneka dan mengambil “educated guess” pada setiap perincian rawatan embryo transfer. Kadang kala semua rawatan telah dibuat dan dilakukan. Masih tidak berjaya. Tinggal hanya untuk cuba dan terus mencuba sehingga berjaya. 

Wallahualam. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pencerahan serta kefahaman yang lebih agar harapan diletakkan sewajarnya. Agar keputusan dapat dibuat sebaiknya berdasarkan latarbelakang, keadaan dan harapan yang akan terus dibawa bersama.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print