Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ADAKAH BAYI IVF SIHAT? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-j4bSol

ADAKAH BAYI IVF SIHAT?

Ramai yang bertanyakan mengenai kesihatan bayi yang dilahirkan melalui teknik rawatan kesuburan. Adakah bayi yang dilahirkan melalui teknik IVF sihat? Bagaimana pula dengan bayi yang dilahirkan hasil dari embryo yang telah dibekukan bertahun- tahun? Adakah bayi yang melalui teknik IVF sama sihatnya dengan bayi yang dikandung secara normal? Risiko Autism contohnya, ada atau tidak perbezaan dengan bayi lain? Bagaimana pula dengan jangka masa panjang? 

8 juta bayi dilahirkan melalui teknik rawatan kesuburan sehingga kini..

Jika dibandingkan rawatan IVF dengan rawatan perubatan yang lain, data yang sedia ada adalah terhad iaitu setakat 42 tahun. Ini adalah kerana bayi yang pertama dilahirkan mengikut teknik IVF adalah pada tahun 1978.  Sehingga kini terdapat hampir 8 juta bayi yang dilahirkan melalui teknik kesuburan. 

Adakah berisiko lebih untuk Autism?

Namun begitu banyak kajian telah dilakukan dengan mengikuti perkembangan bayi yang dilahirkan melalui teknik perubatan kesuburan. Daripada kajian- kajian yang ada, didapati bayi yang dikandung melalui teknik kesuburan seperti IVF/ICSI mempunyai tahap kesihatan yang sama dengan bayi yang dikandung secara normal.  Kajian kepada setiap bayi yang dilahirkan melalui teknik IVF/ICSI, jika dibandingkan dengan bayi yang dikandung secara normal tidak mempunyai risiko yang lebih untuk Autism dan Cerebral Palsi (Ini dilihat apabila satu embryo diletakkan ke dalam rahim). 

Bagaimana pula dengan kanser kanak- kanak?

Begitu juga dengan pencapaian akademik, kanak- kanak yang dikandung melalui teknik IVF/ICSI mempunyai tahap pencapaian yang sama dengan kanak- kanak yang  lain. Bayi yang dilahirkan melalui teknik IVF/ICSI tidak mempunyai risiko lebih untuk mendapat kanser (Childhood Cancer) secara keseluruhan. Ini termasuklah kepada semua jenis rawatan kesuburan seperti pengambilan pil subur, IUI , IVF, ICSI dan Frozen Embryo Transfer (FET). 

Adakah mereka sihat di alam dewasa?

Walaubagaimanapun bayi yang dilahirkan melalui teknik FET mempunyai kecenderungan untuk mempunyai berat lahir yang lebih berbanding dengan bayi lain. Seperti yang diketahui umum, apabila dilihat pada bayi yang mempunyai berat lahir yang lebih, mereka mempunyai risiko jangka untuk mengalami penyakit kardiovascular seperti sakit jantung dan darah tinggi ketika dewasa. Namun apabila bandingkan dikalangan bayi yang mempunyai berat lahir yang tinggi- antara yang dikandung melalui teknik rawatan kesuburan dan bayi yang dikandung secara normal, didapati tiada peningkatan risiko kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi dan juga diabetes.

Secara kesimpulannya, dengan maklumat data yang ada, rawatan kesuburan adalah selamat. Bayi yang dilahirkan menggunakan teknik kesuburan didapati sihat dan tidak mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami  penyakit seperti Autism, Celebral Palsy, barah serta penyakit kardiovascular seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Mereka juga mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sama. Namun lebih banyak lagi kajian dan data perlu dikumpul dan dianalysia dari masa ke semasa untuk memantau teknik  rawatan kesuburan ini agar ianya selamat dan berkesan untuk semua.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print