Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
LAPAROSCOPY & RAWATAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
20170224_132900

LAPAROSCOPY & RAWATAN KESUBURAN

Laparoscopy adalah sejenis teknik pembedahan minor yang membolehkan doktor melihat bahagian dalam perut terutamanya organ reproduktif wanita. Ini termasuklah rahim, tiub fallopio dan ovari yang terletak di bahagian pelvis. Laparoscopy membolehkan doktor memeriksa dan mengetahui apakah punca kesukaran mengandung pada yang sama memberikan rawatan yang sebaiknya. Tiub fallopio juga boleh diperiksa samada ianya tersumbat atau tidak sewaktu laparoscopy dilakukan. Keadaan yang biasa ditemui termasuklah endometriosis, lekatan di antara organ di pelvis, cyst di ovari dan juga fibroid.

Apa itu laparoscopy?

 Laparoscopy adalah teknik pembedahan dimana kamera/teleskop akan dimasukkan ke dalam perut. Kebiasaanya  melalui pembukaan yang dibuat di pusat. Gas karbon dioksida (CO2) dimasukkan ke dalam perut sebelum memasukkan laparoskop. Ini bagi membolehkan dinding perut terangkat dan memudahkan doktor melihat organ dan struktur anatomi di pelvis.

Sekiranya perlu, alat tambahan lain akan digunakan. Pembukaan akan dibuat selalunya bersaiz kurang dari 1 cm. Alat tambahan ini digunakan untuk merawati keadaan di pelvis. Seperti endometriosis atau pun lekatan antara organ.

Laparoscopy dilakukan dengan menggunakan ubat bius penuh. Ini bermaksud bahawa pesakit akan benar-benar tidur sepanjang prosedur.

Gas karbon dioksida dimasukkan ke dalam perut.

Apakah kelebihan teknik laparoscopy ?

Laparoscopy akan membolehkan diagnosis dibuat dengan cepat. Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami endometriosis tahap 4 mungkin dapat dikenal pasti dengan menggunakan ultrasound. Namun seorang wanita yang mempunyai endometriosis tahap 1 atau 2 hanya dapat dikenal pasti menggunakan pembedahan seperti laparoscopy.

Masalah lain yang hanya dapat dikenal pasti melalui pembedahan adalah lekatan di pelvis. Juga dikenali sebagai tisu parut. Lekatan tidak dapat dilihat dengan ultrasound, sinar-xray atau imbasan CT. Lekatan boleh mengganggu kemampuan seseorang wanita itu hamil kerana ianya menyukarkan perjalanan telur untuk masuk ke tiub fallopio pada waktu ovulasi.

Ramai yang beranggapan laparoskopi sebagai pembedahan yang kurang invasif berbanding teknik pembedahan biasa. Pembedahan biasanya memerlukan membuat pembukaan yang panjang di perut. Ini bermaksud bahawa pesakit akan mengambil masa yang lama untuk pulih dan harus menghabiskan dua hingga tiga malam di hospital. Laparoskopi menggunakan pembukaan yang jauh lebih kecil. Selalunya, pesakit yang menjalani laparoskopi akan dapat pulang pada hari yang sama atau esoknya. Mereka lebih cepat pulih.

Pembukaan kurang dari 1cm dibuat untuk membolehkan alat dimasukkan ke dalam perut. Dikebanyakkan kes, terdapat 3 lubang akan ditebuk.

Bilakah laparoscopy tidak sesuai digunakan?

Pembedahan Laparoscopy memerlukan set kemahiran yang berbeza berbanding pembedahan biasa. Dalam kebanyakkan kes, teknik pembedahan laparascopy boleh digunakan. Namun bagi sesetengah kes, seperti saiz fibroid yang besar dan terdapat banyak fibroid, teknik pembedahan biasa adalah lebih baik. Ini bagi memastikan kesemua fibroid berjaya dikeluarkan. Seorang doktor akan mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan teknik pembedahan laparoscopy atau sebaliknya.

Siapakah yang harus menjalani laparoscopy?

Secara amnya, laparoskopi adalah pelengkap untuk pasangan yang telah melakukan ujian saringan kesuburan. Wanita yang mempunyai cyst, atau tiub fallopian tersumbat atau juga yang disyaki mempunyai lekatan serta endometriosis.

Imej kamera akan dapat dilihat di monitor ketika pembedahan dilakukan. Kelihatan alat pembedahan menyentuh rahim. Kedua- dua ovari dan tiub fallopian kelihatan.

Perbandingan antara Laparoscopy berbanding IVF

Masalah yang sering dijumpai semasa laparoscopy termasuklah lekatan pelvis dan endometriosis. Ianya juga dapat diatasi dengan berkesan menggunakan IVF. Oleh kerana IVF kurang invasif daripada laparoscopy dan mempunyai tahap kejayaan yang tinggi, tidak hairanlah mengapa sesetengah pasangan memilih untuk terus melakukan IVF. Walaupun seorang wanita mungkin mengalami lekatan teruk yang tidak dirawat, ini tidak akan mempengaruhi kemampuannya untuk hamil dengan IVF.

Risiko laparoscopy

Teknik pembedahan laparascopy juga mempunyai risiko tertentu. Ini termasuklah risiko bius, pendarahan dan jangkitan boleh berlaku. Terdapat juga risiko kecederaan kepada organ dalaman, namun ianya jarang berlaku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya terdapat persoalan, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print