Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
RUMUSAN 10 PERSOALAN KESUBURAN & BERAT BADAN @ SESI FB LIVE BERSAMA KEVIN ZAHRI. » Laman Fertiliti Kernamu
WhatsApp Image 2020-05-27 at 13.56.38 (1)

RUMUSAN 10 PERSOALAN KESUBURAN & BERAT BADAN @ SESI FB LIVE BERSAMA KEVIN ZAHRI.

Bersama ini saya rumuskan 10 jawapan hasil dari sesi sembang live mengenai kesuburan dan berat badan.

  • Doktor suruh saya kurus. Apakah langkah pertama yang perlu saya buat untuk turunkan berat badan saya?
    • Perlu faham kenapa doc nasihat untuk kurus. Mengapakah pentingnya untuk memiliki BMI yang normal sebelum melakukan rawatan kesuburan. Malah memiliki berat abdan yang ideal adalah penting untuk kesihatan jangka pendek dan pajang.
    • Perlu pelajari ilmu pemakanan dan senaman. Supaya cara yang betul dan terbaik dilakukan agar berkesan.
    • Kurangkan stress badan. Gunakan cara yang seronok dan mudah.
  • Antara diet & senaman. Mana yang lebih penting?
    • Kedua- duanya penting. Namun diet akan memberi kesan sehingga 80% kepada penurunan berat badan dan senaman pula memberi kesan sehingga 20%. Nisbah diet pemakanan kepada senaman adalah 4:1.
    • Sekiranya dilihat pada jumlah calorie harian, sebagai contoh 2000 kalori diperlukan sehari, senaman pula boleh membakar 500 kalori, maka ianya adalah nisbah 4:1.
  • Saya lihat makanan yang dijual semuanya sedap. Saya tidak tahan. Saya kena rasa. Kalau tidak saya akan terfikir- fikir mengenai makanan tersebut.
    • Makanan sedap tidak salah. Nikmati hidangan makanan tersebut. Namun jumlah makanan yang dimakan secara keseluruhan hari tersebut yang akan memainkan peranan dalam penurunan berat badan.
    • Lihat semula makanan yang dimakan pada hari tersebut.
    • Perlu ada plan pemakanan untuk memastikan tidak makan makanan berlebihan.
  • Saya tidak ada masa untuk melakukan exercise. Saya keluar rumah pukul 6.30 pg dan balik sampai 8.30 mlm. Selalunya saya sudah penat sangat. Bagaimana saya nak buat exercise.
    • Perlu refleksi diri akan apakah yang lebih penting dan apakah yang menjadi keutamaan dalam hidup ini.
    • Mempunyai keseimbangan antara kerja dan masa bersama keluarga adalah penting bagi menjamin hidup yang lebih bahagia.
  • Saya dah cuba diet dan senaman. Tapi berat saya tidak turun- turun. Saya give up.
    • Perlu refleksi semula pemakanan dan senaman yang dilakukan.
    • Mendapatkan khidmat nasihat.
  • Dulu masa saya bujang berat saya ok sahaja. Tapi bila dah kahwin terus naik 10 kg.
    • Work as a team. It takes two to tango.
    • Pasangan suami isteri perlu memahami dan memberi sokorngan dan bantuan yang diperlukan seperti iringi buat senaman bersama serta jaga pemakanan bersama.
  • Perlukah saya makan supplement atau ubat kurus untuk turun berat badan?
    • Ada juga fungsi supplement untuk turunkan berat badan. Namun masih perlu jaga pemakanan dan melakukan senaman.
    • Perlu mengetahui apakah kandungan supplement terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Ini adalah kerana ada supplement yang boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang atau hati.
  • Dalam seminggu, berapa berat boleh turun?
    • Buat plan dan lakukan mengikut keupayaan masing- masing.
    • Yang penting teruskan dan jadikan ia sebagai amalan harian.
  • Dulu saya pernah kurus. Selepas itu berat badan saya naik semula. Berat badan saya sekarang lebih berat lagi dari sebelum saya kurus. Jadi saya takut nak diet/senaman.
    • Tidak perlu takut.
    • Dalami ilmu pemakanan dan senaman.
    • Dapatkan nasihat pakar.
  • Apakah exercise yang paling baik dan berkesan untuk dijadikan amalan harian?
    • Senaman yang anda suka lakukan. Seronok dan tidak stress.
    • Mungkin perlu melakukan kepelbagaian dalam senaman agar tidak boring.

Semoga rumusan yang dibuat adalah tepat sekali! Semoga ianya bermanfaat. Anda juga boleh menonton rakaman perbualan kami di sini.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print