Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
10 SOALAN YANG PERLU DIAJUKAN DI TEMUJANJI PERTAMA » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-AvUfMM

10 SOALAN YANG PERLU DIAJUKAN DI TEMUJANJI PERTAMA

Kebanyakkan pasangan ketika ini sudah membuat survey mengenai klinik kesuburan yang dipilih. Oleh kerana terdapat banyak klinik, klinik yang dipilih sudah tentunya perlu memenuhi kriteria setiap pasangan.

Salah satu perkara utama yang perlu diketahui juga adalah siapakah doktor yang akan merawati. Hubungan pasangan bersama doktor adalah sangat penting. Kedua- duanya perlu serasi. Doktor perlu memahami akan kehendak pasangan dan pasangan perlu merasa senang ketika dirawat oleh doktor tersebut. Oleh kerana perjalanan ttc ini tidak tentu panjang pendeknya, keserasian dan kefahaman adalah penting. Sekiranya pasangan tidak gembira dengan doktor atau rawatan yang diterima, pasangan mempunyai hak untuk memilih doktor atau klinik yang lain.

Jangan gusar untuk bertanyakan soalan kepada doktor anda..kerana tujuan utama adalah untuk mendapatkan pencerahan dan penerangan..

Selain itu pasangan juga boleh membuat persiapan untuk temujanji pertama. Ini termasuklah membuat senarai soalan yang boleh ditanya kepada doktor dan juga petugas di klinik tersebut. Antara soalan yang boleh ditanyakan termasuklah:

  • Apakah yang berlaku ketika temujanji pertama?

Ramai pasangan telah bersedia untuk temujanji pertama. Namun ada juga yang gementar untuk berjumpa . Di temujanji pertama selain daripada mendapatkan background history, akan dilakukan juga pemeriksaan untuk pasangan wanita termasuklah ujian pap smear, ultrasound perut dan pelvis (dalaman) selain dari ujian tekanan darah dan berat badan. Ujian darah seperti ujian rizab telur (AMH- Anti Mullerien Hormone) dan hormone lain juga boleh dilakukan. Bagi pasangan lelaki, ujian sperma akan dilakukan samada pada hari yang sama atau diberikan temujanji yang lain.

  • Apakah jenis rawatan kesuburan yang ditawarkan oleh klinik?

Pasangan perlu bertanya akan apakah jenis rawatan yang dilakukan di klinik. Ini termasuklah rawatan Ovulation Induction (contoh: ubat clomid), IUI, IVF, ujian genetik (PGT-A, PGD) dan rawatan lain seperti prosedur PESA/TESE untuk mendapatkan sperma serta prosedur pembedahan lain seperti hysteroscopy dan laparoscopy.

Sesetengah klinik mempunyai makmalnya sendiri di mana semua rawatan termasuklah IUI, IVF/ICSI, ujian genetic, PESA/TESE dilakukan diklinik yang sama. Sesetengah klinik mempunyai makmal atau berkongsi makmal di tempat yang lain. Oleh itu pasangan perlu dihantar ke tempat lain ketika melakukan prosedur seperti OPU (oocyte pick up) atau embryo transfer di tempat lain.

  • Siapakah doktor yang akan merawat saya?

Pasangan akan dirawat oleh doktor yang sama di kebanyakkan klinik kesuburan. Namun ada juga sesetengah klinik yang berkhidmat mengikut jadual tugasan. Ini bermakna anda mungkin akan dirawat lebih dari satu doktor yang sama. Ada juga klinik yang akan menghantar anda ke suatu klinik yang lain ketika melakukan prosedur kutip telur dan embryo transfer dan ketika itu dirawat oleh doktor lain.

Mengapa rawatan ini yang dipilih dan bukan rawatan yang lain?

  • Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Bagaimanakah sesuatu rawatan itu dipilih untuk saya dan pasangan?

Pasangan perlu berbincang dengan doktor akan apakah pilihan rawatan yang sesuai untuk mereka dan mengapakah rawatan itu dipilih. Jenis rawatan yang sesuai akan selalunya dibincang selepas semua ujian saringan dilakukan dan bergantung dengan keputusan rawatan tersebut.

  • Berapakah kos rawatan yang diberikan?

Setiap klinik kesuburan mempunyai harga untuk setiap rawatan yang diberikan. Ada yang mempunyai beberapa package yang ditawarkan. Pasangan perlu bertanyakan mengapakah terdapat perbezaan harga bagi setiap package. Pasangan juga perlu mengetahui mengenai apakah yang ditawarkan dan apa yang tidak ditawarkan di dalam setiap package.

Setiap package terdapat payment breakdown – yang boleh diperjelaskan dengan lebih teliti. Pasangan perlu mengetahui bilakah pembayaran perlu dibuat dan kaedah pembayaran. Apa yang termasuk dan tidak termasuk dalam sesuatu package yang diberikan. Sebagai contoh package untuk IVF- adakah ianya merangkumi kos pembekuan dan embryo maintenance? Kebanyakkan package IVF hanya merangkumi fresh embryo transfer sahaja. Jika terdapat lebihan embryo, pasangan perlu menambah pembayaran. Pasangan juga perlu mengetahui samada terdapat apa- apa kos tambahan atau hidden charges.

Berapakah kitaran IVF yang dilakukan oleh klinik ini dalam setahun?

Apakah peratus kejayaan rawatan IVF?

  • Apakah kesan sampingan bagi sesuatu rawatan?

Rasa kembung perut, keputihan yang lebih adalah antara kesan sampingan akibat dari hormone yang diberikan. Ada yang pening kepala, mood swing dan sebagainya. Namun antara kesan yang bahaya akibat dari suntikan hormone terutamanya adalah hyperstimulasi, atau lebih dikenali dengan OHSS. Berbincanglah dengan doktor anda apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat kesan sampingan dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan ini.

  • Adakah terdapat rawatan alternatif/complimentary bagi saya dan pasangan?

Pasangan boleh berbincang mengenai rawatan alternatif atau pelengkap seperti acupuncture dan yoga. Ramai pasangan yang merasakan rawatan acupuncture membantu mereka melalui liku- liku rawatan kesuburan. Elakkan mengambil ubat lain seperti herba yang boleh menganggu rawatan kesuburan yang diberikan.

  • Apakah peratus kejayaan sesuatu rawatan kesuburan di klinik ini?

Pasangan boleh bertanyakan doktor yang merawat, berapa kitaran IVF yang dilakukan setahun. Berapakah peratus kejayaan pasangan yang berjaya mengandung? Adakah klinik ini diselia di bawah piawaian tertentu? Adakah ianya dipantau oleh garis panduan antarabangsa sebagai contoh? Ini bagi memastikan rawatan yang diberikan mempunyai standard tertentu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sekiranya klinik terpaksa ditutup untuk proses sanitasi akibat Covid, apa yang akan terjadi pada saya?

  • Apakah yang berlaku sekiranya terdapat kecemasan?

Oleh kerana pandemik Covid, terkadang sesetengah klinik perlu ditutup untuk disanitasi. Notis yang diberikan adalah pendek. Sesetengah klinik mempunyai cawangan yang lain, di mana pasangan yang telah memulakan rawatan akan dibawa ke cawangan lain sekiranya klinik terpaksa ditutup untuk sanitasi -sebagai contoh.

Begitu juga, pasangan boleh menanyakan siapakah yang akan merawat sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku pada doktor yang memberi rawatan.  

  • Adakah terdapat apa- apa sokongan sekiranya terdapat persoalan atau memerlukan kaunseling?

Perkhidmatan kaunseling adalah penting sebagai salah satu sokongan yang ada bagi pasangan yang menjalani rawatan. Kaunseling dapat memberi kesan yang positif kepada pasangan. Perkhidmatan ini diberikan kepada pasangan yang memerlukan pada bila- bila masa. Ini termasuklah pada permulaan rawatan, pertengahan atau setelah tamat rawatan. Begitu juga dengan talian 24/7 – careline. Sekiranya terdapat apa- apa kemusykilan ada atau tidak nombor yang boleh dihubungi untuk mendapatkan respon atau jawapan. Sesetengah klinik mempunyai support group yang terdiri dari pasangan yang melakukan rawatan. Mereka akan berkongsi pengalaman ketika mengharungi cabaran ttc.

  • Adakah terdapat apa- apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peluang kehamilan?

Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah mempunyai BMI yang normal, tidak merokok atau vape adalah perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan peratus kejayaan kehamilan. Pengambilan folik asid dan Vitamin D adalah digalakkan bagi wanita sebelum hamil bagi perkembangan bayi yang sihat. Ujian saringan kesihatan seperti ujian darah untuk Hepatitis B, C, HIV dan Covid perlu dilakukan bagi pasangan yang melakukan rawatan IVF.

Nukilan ini ditulis hasil dari sesi IG Live membincangkan akan persoalan yang perlu diajukan ketika termujanji pertama pasangan di klinik kesuburan. Sesi IG Live ini dapat ditonton di IG TV @drsallehakhalid.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sekiranya terdapat apa- apa persoalan, bolehlah bertanyakan pada doktor pakar anda atau di @drsallehakhalid.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print