IG live bersama Dr Jameela Sathar pada 8 May 2021 membincangkan mengenai Talasemia dan kesuburan. Rakaman videa pada IG TV di @sophea_fertility boleh dilihat secara offline pada sesiapa yang terlepas sesi tersebut. Berikut adalah sinopsis rakaman video tempoh hari. Semoga pengisian ini memberi manfaat.
- 1. Apakah itu penyakit Talasemia?
Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang paling kerap berlaku. Penyakit Talasemia adalah penyakit darah merah. Haemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen. Haemoglobin tidak terbentuk dengan sempurna dikalangan mereka yang mengalami Talasemia. Ini mengakibatkan pengangkutan oksigen yang tidak optimal ke seluruh badan.
- 2. Apakah symptom/gejala penyakit Talasemia?
Pucat. Lemah. Sesak nafas. Mudah mendapat jangkitan.
- 3. Berapa ramaikah yang mengidap penyakit Talasemia?
Di Malaysia dianggarkan 1 daripada 10 individu mengalami Talasemia. Ini termasuklah mereka yang berstatus pembawa.
- 4. Bagaimanakah seseorang itu mengetahui yang dirinya mengalami Talasemia?
Mereka yang mengalami Talasemia Major (tahap serius) sudah mengalami gejala dari kecil. Seperti pembesaran yang tidak optimal dan kerap mendapat jangkitan. Namun bagi pembawa Talasemia, mereka selalunya sihat dan tidak mempunyai apa- apa gejala sehinggalah mereka melalui suatu keadaan yang lebih stress seperti mengandung. Sekiranya terdapat sejarah Talasemia di dalam keluarga, maka ahli keluarga yang lain sudah melakukan ujian darah untuk menyaring Talasemia.
Saringan ujian darah seperti melihat pada bacaan darah merah adalah langkah pertama untuk menyaring samada seseorang itu mengalami Talasemia.
- 5. Bagaimanakah penyakit Talasemia, diturunkan dari satu generasi kpd generasi seterusnya?
Terdapat dua gen yang bertanggungjawab untuk pembentukan haemoglobin. Satu dari ibu dan satu dari ayah. Sekiranya satu dari gen itu adalah gen Talasemia dan satu lagi gen adalah normal, maka seseorang itu adalah pembawa Talasemia. Tetapi sekiranya kedua- dua gen itu adalah gen Talasemia, seseorang itu akan mengalami Talasemia Major.
- 6. Apakah rawatan yang sedia ada bagi mereka yang mengalami Talasemia?
Rawatan yang ada adalah lebih kepada pemindahan darah mengikut tahap penyakit. Bagi mereka yang mengalami Talasemia major, pemindahan darah yang kerap sekerap 3-4 minggu sekali.
Namun bagi pembawa Talasemia, pemindahan darah hanya dilakukan bila perlu seperti ketika mengandung.
Rawatan lain termasuklah rawatan pemindahan sum sum tulang yang lebih rumit.
- 7. Apakah kesan rawatan Talasemia kepada kesuburan?
Akibat dari pemindahan darah yang kerap berlaku, terdapat paras zat besi yang tinggi di dalam badan. Ini akan memberi kesan kepada kelenjar pituitary yang berfungsi untuk merembeskan hormon wanita yang bertangunggjawab untuk memastikan kitaran haid yang normal dan proses ovulasi. Apabila kelenjar ini terkesan ianya tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan kitaran haid yang normal.
- 8. Adakah digalakkan untuk bakal pasangan/pengantin untuk melakukan ujian saringan untuk Talasemia?
Ya bakal pasangan digalakkan melakukan ujian saringan darah ini bagi menentukan adakah mereka bebas Talasemia atau sebaliknya.
- 9. Sekiranya kedua- dua pasangan adalah Talasemia carier, apakah yang perlu mereka lakukan sebelum menimang cahaya mata?
Mereka digalakkan berjumpa dengan doktor pakar bagi membincangkan apakah risiko kepada anak- anak mereka dan pilihan mereka ada. Ini termasuklah rawatan fertility dan ujian genetic kepada embryo mereka bagi memastikan embryo yang sihat diletakkan ke dalam rahim. Dengan kaedah ini, keturunan mereka adalah bebas dari Talasemia.
- 10. Bagaimana pula yang sudah mengandung, baru di diagnos sebagai pembawa Talasemia, apakah yang perlu mereka lakukan?
Langkah pertama adalah untuk melakukan ujian pada suami, samada suami adalah pembawa Talasemia. Sekiranya suami bukan pembawa, maka anak yang dikandung mungkin sama sekali sihat atau hanya pembawa Talasemia.
Namun sekiranya suami juga adalah pembawa, terdapat 25% risiko anak di dalam kandungan mungkin mengalami Talasemia Major, 50% pemabawa Talasemia dan 25% sihat (bukan pembawa). Ujian air ketuban boleh dilakukan bagi diagnosis dilakukan.
Sekiranya terdapat persoalan, mohon berbincang dengan doktor pakar anda bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan khusus pada situasi anda.