Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SINDROM KLIENFELTER DAN KESANNYA KEPADA KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-2vIR8s

SINDROM KLIENFELTER DAN KESANNYA KEPADA KESUBURAN

Apakah kesan Sindrom Klienfelter kepada kesuburan?

Testis mempunyai dua fungsi. Fungsi pertama adalah untuk menghasilkan hormon testosteron. Fungsi kedua adalah untuk menghasilkan sperma. Kedua-dua fungsi ini terjejas bagi mereka yang mempunyai sindrom Klienfelter. Namun begitu kesannya adalah berbeza bagi setiap individu yang mempunyai sindrom Klienfelter.

Kebanyakkan lelaki yang mempunyai sindrom Klienfelter tidak mempunyai sperma di dalam air mani. Ini adalah kerana sindrom ini memberikan kesan kepada testis. Testis bagi lelaki yang mempunyai sindrom Klienfelter adalah paling aktif ketika pada usia akhil baligh. Selepas itu fungsinya akan merosot mengikut usia.

Lelaki yang mempunyai sindrom Klienfelter ini akan mencapai akhil baligh dengan normal seperti remaja lain. Namun selepas itu, saiz testis akan mengecil dan mula kurang menghasilkan bilangan sperma dan hormon testosteron. Sehinggalah pada satu ketika di mana paras testosteron berkurangan dan tiada sperma dihasilkan.

Bacaan sperma bagi Sindrom Klienfelter

Kebanyakkan lelaki yang mempunyai sindrom Klienfelter tidak mempunyai sperma. Namun begitu ada juga yang masih mempunyai sperma pada kadar yang rendah. Sperma ini boleh digunakan bagi rawatan kesuburan. Sekiranya masih terdapat sperma di dalam air mani, seseorang lelaki itu boleh mendapatkan perkhidmatan pembekuan sperma terutamanya apabila anda masih muda dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan keluarga pada masa terdekat. Ini adaah kerana, jika dibiarkan masa berlalu, bacaan sperma akan berkurangan dan boleh menjadi sifar. Sekiranya sperma dibekukan ianya boleh digunakan di kemudian hari untuk mendirikan keluarga.

Hormon testosterone dan Sindrom Klienfelter

Hormon testosteron diperlukan bagi menjamin kesihatan seseorang lelaki. Lelaki yang mempunyai sindrom Klienfelter ini kebanyakkannya mempunyai paras bacaan hormon testosteron yang rendah. Segelintir mungkin mempunyai paras yang masih normal. Walaubagaimanapun paras hormon ini akan terus merosot pada usia 20 ke 30-an dan akhirnya memerlukan bantuan hormone testosteron. Ianya boleh diberikan melalui gel atau suntikan.

Adakah pengambilan hormone Testoteron mempunyai impak pada kesuburan?

Pengambilan hormone testosteron akan mempunyai impak pada penghasilan sperma. Ini adalah kerana apabila terdapat sumber testosteron dari luar, ia akan memberi isyarat kepada kelanjar di otak untuk berhenti dari merangsang testis untuk menghasilkan testosteron dan sperma. Oleh itu sekiranya anda mengambil testosterone, maka anda dinasihatkan untuk berhenti mengambil testosterone beberapa bulan sebelum menjalani rawatan kesuburan. Terapat juga ubat pil selain dari hormon testosterone sebagai alternatif.

Bolehkah isteri saya mengandung sekiranya terdapat sperma di dalam air mani?

Terapat beberapa kes yang melaporkan kandungan secara semulajadi berjaya berlaku. Namun ianya hanya berlaku pada bilangan yang amat kecil. Ini adalah kerana walaupun terdapat sperma di dalam air mani, kadar jumlahnya adalah teramat sedikit berbanding lelaki normal.

Dengan rawatan kesuburan menggunakan teknik ICSI, sperma yang berada di dalam air mani ini boleh disuntik terus ke dalam telur isteri bagi membantu persenyawaan.

Sekiranya tidak terdapat sperma di dalam air mani, apakah pilihan yang ada?

Sperma boleh di dapati apabila pembedahan di lakukan pada testis. Terdapat beberapa teknik pembedahan untuk mendapat sperma termasuklah PESA, TESE dan MikroTESE. Namun kejayaan pembedahan ini bergantung pada umur, saiz testis dan paras hormone testosteron di dalam badan seseorang.

Peratus kejayaan mendapatkan sperma dari pembedahan ada yang melaporkan setinggi 50%. Namun begitu peratus kejayaan rawatan kesuburan di mana berjaya melahirkan bayi melalui ICSI, adalah sekitar 10-15%.

Setiap individu adalah berbeza, adalah digalakkan untuk berbincang bersama pakar fertiliti bagi menentukan pelan rawatan yang sesuai mengikut keperluan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print