Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
GAYA HIDUP DAN KESUBURAN LELAKI » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-AOiz2m

GAYA HIDUP DAN KESUBURAN LELAKI

Banyak kajian dilakukan setakat ini untuk meneliti gaya hidup dan impak kepada kesuburan lelaki. Namun begitu keputusan kajian kadanng –kadang sukar untuk di analisa dengan tepat dan ada yang mengelirukan. Oleh itu dalam siri ini, kami akan berbincang akan aspek- aspek tertentu dalam aktiviti seharian dan kesannya kepada kesuburan lelaki.

Apakah yang diperiksa ketika ujian air mani dilakukan?

Apabila sampel air mani diberi, ada tiga aspek yang utama akan diperiksa. Aspek ini termasuklah pengiraan berapa jumlah bilangan sperma yang ada, peratus pergerakkan sperma dan peratus bentuk sperma yang normal. WHO (World Health Organization) telah memberi garispanduan bagi bacaan sperma yang normal. Bacaan sperma yang normal adalah jumlah bilangan yang lebih dari 15 juta, peratus pergerakkan kehadapan yang lebih 32% dan bentuk sperma yang normal pada 4%. Bacaan sperma samada ianya normal atau tidak akan bergantung kepada tiga aspek ini.

Tabiat Merokok

Kajian menunjukkan merokok mempunyai kesan yang buruk kepada kualiti sperma yang dihasilkan. Tabiat merokok juga mempunyai kesan kepada keadaan kesihatan seseorang itu termasuklah penyakit jantung, peparu dan kanser. Merokok memberikan kesan yang buruk kepada ibu yang mengandung. Begitu juga pendedahan terhadap rokok memberi kesan kepda kesihatan bayi dan kanak- kanak.

Pengambilan dadah merbahaya

Pengambilan dadah merbahaya sepertu kokain, heroin dan marijuana memberi kesan yang buruk kepada kualiti dan kuantiti sperma.

Pengambilan Steroid

Steroid mengandungi sejenis kandungan yang dinamakan nandrolone, yang juga diambil oleh mereka yang bina badan. Kandungan steroid ini akan membina otot-otot di badan, namun ianya juga mengakibatkan pengurangan jumlah sperma dihasilkan. Kesan pengambilan steroid ini akan mengambil masa untuk ianya hilang dari badan. Ianya boleh mengambil masa berbulan- bulan. Oleh itu bagi bakal ayah, adalah dinasihatkan untuk tidak menagmbil steroid. Begitu juga pengambilan minuman protein tambahan. Ini kerana dikhuatiri terdapat kandungan steroid sampingan di dalam protein tambahan tersebut.

Haba

Pendedahan terhadapat suhu yang panas atau haba boleh memberi kesan kepada kualiti sperma. Namun kesan haba secara langsung kepada tahap kesuburan seseorang suami itu adalah tidak begitu jelas. Walaubagaimanapun secara amnya seseorang suami itu tidak digalakkan untuk menggunakan sauna ataupun mandi di tab mandi terlalu kerap kerana dikhuatiri ianya akan menjejaskan kualiti sperma. Ada juga kajian yang berpendapat memakai seluar dalam yang ketat di anggap boleh meningkat suhu zakar.

Senaman

Melakukan senaman seperti senaman 30 minit tiga kali seminggu adalah elok untuk diamalkan bagi gaya hidup yang sihat. Senaman juga memberikan kesan yang baik untuk setiap pasangan terutamnya apabila menjalani proses rawatan kesuburan yang sememangnya boleh memberikan tekanan kepada pasangan.

Tekanan

Mengambil rawatan kesuburan boleh memberi tekanan kepada pasangan. Anda digalakkan mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya anda atau pasangan anda menagalami tekanan. Pengendalian tekanan adalah penting bagi setiap pasangan yang menjalani rawatan kesuburan.

Kopi

Pengambilan kopi yang sederhana (3 cawan kopi sehari) tidak menjejaskan kualiti sperma yang dihasilkan.

Vitamin

Terdapat bebrapa kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin C, E, Folic Acid dan Zink memberikan kesan baik kepada kualiti sperma yang dihasilkan. Namun perlu ditegaskan di sini, kesan ini selalunya adalah terhad. Makanan yang sihat dan seimbang mempunyai kandungan vitamin di atas. Berhati – hati apabila membeli vitamin tambahan yang dikatakan untuk kesuburan lelaki yang mana harganya mahal dan kesannya terhad.

Hubungan Suami Isteri

Pasangan suami isteri yang merancang untuk menimang cahaya mata digalakkan untuk melakukan hubungan setiap 2 hingga 3 hari sekali. Melakukan hubungan ini setiap hari tidak akan menaikkan peluang anda mengandung. Sesetengah pasangan mempunyai masalah seksual dan menyababkan hubungan seks tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Sekiranya anda mengalami masalah ini, anda bolehlah mendapatkan bantuan dari doktor anda.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print