Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ENDOMTERIOSIS DAN COVID-19 » Laman Fertiliti Kernamu
Endometrisosis2

ENDOMTERIOSIS DAN COVID-19

Dengan peningkatan kes wabak Covid-19, sudah tentu ianya suatu yang membimbangkan. Namun begitu bagi wanita yang mempunyai endometriosis, anda tidak mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita lain yang tidak mempunyai endometriosis. Risiko untuk dijangkiti Covid-19 adalah sama dengan wanita yang lain. Bagi mengurangkan risiko jangkitan, perkara yang terbaik dilakukan adalah dengan melakukan perjarakkan social dan kerap basuh tangan.

Apakah kaitannya endometriosis dan Covid-19?

Namun begitu, dikalangan wanita yang mempunyai endometriosis, dianggarkan 10% dari mereka mempunyai endometriosis di bahagian dada iaitu melibatakan paru- paru dan diafragma. Ini juga dikenali sebagai thoracic endometrisosis. Oleh kerana Covid-19 adalah sejenis jangkitan yang memberi kesan kepada fungsi paru- paru, secara teorinya mereka yang mempunyai penyakit paru- paru akan berisiko. Ini termasuklah mereka yang mempunyai endometriosis yang melibatkan paru- paru. Sekiranya anda mempunyai endomteriosis yang melibatkan bahagian paru- paru, anda dinasihatkan untuk melakukan kerap basuh tangan, melakukan penjarakkan social dan sekiranya boleh melakukan kuarantin bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Di kalangan wanita yang mengalami endometriosis, 10% daripada mereka mengalami endometriosis melibatkan paru- paru dan diafragma

Implikasi rawatan endometriosis ketika wabak Covid-19 berlaku.

Sekiranya anda dijadualkan untuk melakukan rawatan susulan untuk endometriosis termasuklah rawatan pembedahan secara laparascopy, temujanji ini mungkin ditunda pada satu tarikh yang akan dating bagi mengurangkan bebanan kakitangan hospital yang ketika ini sedang merawat mereka yang menghadapi jangkitan Covid-19. Semestinya ramai yang terkesan dengan keputusan yang dibuat, namun rawatan akan diberikan sejurus selepas wabak Covid -19 menjadi lebih terkawal dan risiko jangkitan berada pada tahap minima. Bergantung kepada jenis rawatan yang akan diberikan. Sesetengah keadaan ubat atau suntikan hormon akan dilanjutkan agar endometriosis berada dalam keadaan terkawal. Apapun sekiranya terdapat apa- apa persoalan dan keraguan mengenai endometriosis, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor fertiliti anda.  Semoga segala persoalan terjawab dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Rujukan

  1. https://www.endometriosis-uk.org/coronavirus-covid-19-and-endometriosis
  2. https://www.rcog.org.uk/en/guidelines-research-services/guidelines/coronavirus-pregnancy/

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print