Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ALAT PERANCANG KELUARGA DAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-5luoVY

ALAT PERANCANG KELUARGA DAN KESUBURAN

Alat perancang keluarga atau juga dikenali sebagai family planning memainkan banyak peranan. Antaranya termasuklah menjarakkan keluarga, membantu kitaran haid teratur, menjadikan darah haid lebih pendek dan kurang, mengurangkan sakit senggugut dan ada yang digunakan untuk mengatasi masalah jerawat.  Alat perancang ini terdapat dalam banyak bentuk seperti dalam bentuk pil, suntikan, susuk (implant) dan juga alat dalah rahim.

Terdapat pelbagai salah tanggapan mengenai alat perancang keluarga sehingga ramai yang khuatir untuk mengambilnya. Antara yang dirisaukan termasuklah penggunaan alat perancang ini akan menjejaskan kadar kesuburannya. Ini semestinya tidak tepat.

Jika dilihat kepada kajian (1) terhadap penggunaan pil perancang, terdapat satu kajian yang mendapati bahawa daripada 187 wanita berumur 18–49 tahun yang telah menggunakan pil perancang secara berterusan (sekurang-kurangnya selama 6 bulan), 98.9% kembali ke mendapat haidnya semula atau mengandung dalam masa 90 hari. Dalam kajian (2) lain, 47 wanita yang telah menggunakan pil perancang berterusan selama 84 hari, ovulasi diperhatikan berlaku dikalangan 46 wanita dalam 37 hari setelah menghentikan rawatan di semua (98%).

Mitos: Pil perancang tidak akan memberi kesan kepada kesuburan anda.

Kadar kesuburan kembali seperti sedia kala juga didapati di kalangan wanita yang menggunakan keadah perancang keluarga yang lain seperti susuk (implant) dan alat di dalam Rahim. Namun bagi yang menggunakan suntikan hormone, kadar kesuburan boleh mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kembali seperti sedia kala.

Maka boleh disimpulkan di sini pemgambilan alat perancang keluarga tanpa mengira tempoh dan jenisnya tidak memberi kesan negatif terhadap kemampuan wanita untuk hamil setelah ianya dihentikan penggunaannya. Oleh itu, anda tidak perlu risau. Perbincangan dan kaunseling yang sesuai adalah penting untuk memastikan setiap wanita menggunakan kaedah yang terbaik untuk mereka.

Rujukan

  1. Davis AR, Kroll R, Soltes B, et al. Occurrence of menses or pregnancy after cessation of a
    continuous oral contraceptive. Fertil Steril 2008;89:1059–63.
  2. Archer DF, Kovalevsky G, Ballagh SA, et al. Ovarian activity and safety of a novel levonorgestrel/ethinyl estradiol continuous oral contraceptive regimen. Contraception 2009;80:245–53.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print