Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
TTC: KATA-KATA YG TIDAK MEMBANTU » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-nlMRk2

TTC: KATA-KATA YG TIDAK MEMBANTU

Pernah atau tidak kita perasan ada di kalangan kawan- kawan kita sudah lama tidak bertemu. Mereka tidak hadir kenduri, jamuan, reunion ada juga yang sampai enggan sama sekali untuk berkomunikasi walaupun dengan hanya dalam group whatsapp. Ini bukanlah suatu perkara yang jarang berlaku. Rata- rata bila ditanya couple yang ttc ramai yang cuba elak untuk hadir majlis keraian. Ada juga yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.

Teringat saya akan apa yang diluahkan oleh seorang ttc:  “Saya sudah lama tidak menziarahi keluarga saya termasuklah sepupu sepapat. Sebab saya tak sanggup untuk melihat mereka yang sudah beranak pinak. Saya gembira akan mereka dan sekeluarga tapi saya sedih untuk diri saya. Saya masih lagi berdua hanya dengan suami. Dulu masa kecil kami sangat rapat setiap kali balik kampung mesti akan bermain bersama- sama. Maklumlah kami sepupu yang sama usia. Kami kahwin pada tahun yang sama. Saya kahwin dulu baru sepupu saya. Namun kini, walaupun saya berkahwin dahulu, sepupu saya kini sudah anak empat. Saya masih belum ada anak lagi. Walaupun sepupu kerap kali ajak jumpa, saya elak. Saya kata saya sibuk dengan kerja. Kalau pergi majlis keraiian pula, orang akan berkata..berdua aje…saya dan suami hanya melihat sama sendiri dan berdiam. Dalam group whatsapp pula, kawan- kawan asyik cerita pasal anak- anak mereka. Tanya kerusi kereta mana yang baik, stroller mana yang murah, susu apa yang baik untuk beri anak minum..terkadang saya rasa nak Left sahaja.

..dah serupa macam kain buruk…

Ini kampung pula suasana menjadi lebih tegang. Jadi buat apa perlu saya suami balik. Setiap kali kalau balik mesti saya menangis. Mesti suami saya sedih. Sedih sebab dia tahu apa yang kami lalui.. Walaupun orang mungkin tidak berterus terang dengan saya, tapi saya tahu dalam pandangan mereka sayalah yang salah. Sayalah sebab kenapa kami tidak dikurniakan anak. Ada yang tanya saya mandul ke? Saya tergamam nak jawab apa. Pernah saya terdengar mereka berkata, perempuan yang dah berkahwin, kalau tak dapat anak dah serupa macam kain buruk. Sampai hati mereka berkata begitu. Ini bukan pilihan saya nak jadi macam ni. Kalau boleh saya nak lari jauh- jauh. Setiap kali nak balik kampung, saya mesti akan rasa tertekan. Apa yang dikata oleh mereka sememangnya mengguris hati saya. Perut masih belum berisi? Kalaulah mereka tahu apa yang saya dan suami lalui, alangkah baiknya. Segala tumpuan dan usaha telah pun kami beri untuk mendapatkan anak. Duit sudah beribu- ribu habis, rawatan demi rawatan saya cuba sudah. Belum lagi nak dikira yang pergi berurut ke sana ke sini, bersauna, mandi air itu dan ini, makan daun segala macam, makan supplement, makan madu macam- macam. Kalau nak ikutkan dah habis segalanya. Tempat mana yang kami tidak pergi. Cakap aje yang mana, mesti semuanya kami sudah pergi. Itu usaha kami. Namun masih tidak berjaya. Kata- kata mereka memang tidak membantu. Saya terkilan. Jadi buat apa saya balik. Buat apa saya pergi kenduri atau jamuan. Lebih baik saya sibukkan diri saya dengan perkara lain. Mereka sepatutnya memberikan sokongan dan dorongan. Bukannya menambahkan kesedihan kami bersama”.

“Berdua aje..”

“Rezeki jangan ditolak..”

“Ni mesti isteri dia punya pasal..”

“Muda-muda ni lah beranak..”

“Anak mana..?”

“Bila lagi..?”

“Bila nak dapat anak?”

“Ada isi..?”

Mungkin mereka yang berkata- kata begitu tidak bermaksud untuk mengguris hati atau menambah tekanan. Mungkin itu adalah kata-kata spontan sebelum berfikir secara mendalam akan kesannya. Atau mungkin kata-kata itu tanda mereka kisah dan mengambil berat akan apa yang dilalui pasangan. Namun jelas sekali kata- kata ini tidak membantu.

Sebaliknya pasangan ttc kebanyakkannya mengharapkan agar masyarakat terutamanya keluarga terdekat serta sahabat handai untuk memahami situasi mereka dan memberikan sokongan, dorongan serta iringan doa untuk memudahkan perjalanan ttc mereka.  

Maka benarlah kata- kata Saidina Ali bin Abi Talib “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya, jika orang lain mengucapkannya kepadamu” serta apa yang dikatakan oleh Saidina Umar bin Khattab “Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku. Tetapi aku berkali- kali menyesali bicaraku”.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print