Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SENGGUGUT DAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-ljpS6g

SENGGUGUT DAN KESUBURAN

Setiap kali nak datang bulan setiap kali itulah sakit sengugut datang. Sakitnya bukan kepalang. Ianya teramat sakit sehinggakan terpaksa ke kecemasan ambil suntikan ubat tahan sakit. Setiap kali datang setiap kali itulah akan ambil MC (medical certificate) atau ambil EL (emergency leave). Dari dulu sampai sekarang. Dari usia dapat haid sehinggalah kini. Ramai yang tidak faham. Sebab sakit ini adalah sakit yang tidak nampak. Ada yang tidak mengerti dan mengatakan pura- pura buat.Sudah lima tahun berumah tangga, tiada lagi rezeki dikurniakan zuriat. Adakah sengugut berkaitan dengan kesuburan?

Antara tanda- tanda penyakit endometriosis adalah sakit sengugut ketika datang bulan (haid). Selain senggugut, ada yang merasa perut kembung, loya dan muntah. Selain daripada itu wanita yang mempunyai endometriosis juga ada mengalami sakit ketika bersama dan ada yang mengalami kesukaran untuk mengandung.

1 daripada 10 wanita mengalami endometriosis

Bagaimana endometriosis berlaku?

Endometriosis berlaku apabila sel- sel dari dinding rahim berada di luar rahim. Setiap kali bulan datang, sel- sel ini juga akan terangsang. Tidak seperti sel- sel dinding rahim yang gugur sebagai darah haid boleh keluar ke faraj sebagai darah haid, sel- sel di luar rahim terperangkap menjadi radang. Radang ini boleh menyebabkan lekatan berlaku. Ini boleh menyebabkan tiub fallopio membengkak dan tersumbat, berlaku pembentukan darah beku di kilang telur (endometrioma) dan lekatan di usus serta dinding pelvis. Namun begitu sebab mengapa sel- sel ini dijumpai diluar rahim, masih tidak diketahui.

Fakta mengenai endometriosis

Dianggarkan 1 dari 10 wanita mengalami endometriosis. Dianggarkan dikalangan wanita yang mengalami masalah kesuburan, 30- 50% daripadanya mengalami endometriosis.   

Endometriosis dan Kesuburan

Oleh kerana boleh terdapat lekatan, tiub membengkak dan tersumbat, endometriosis boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Kilang telur yang mempunyai endometrioma juga boleh memnyebabkan rizab telur berkurangan dan menjejaskan kualiti telur.

100 wanita tanpa endometriosis dan berikhtiar untuk mengandung, 84% berjaya mengandung selepas setahun mencuba. 100 wanita yang mengalami endometriosis tahap minima berikhtiar mengandung, 75% berjaya mengandung selepas setahun mencuba. 100 wanita yang mengalami endomterisosis tahap sederhana (moderate), 50% akan mengandung dalam masa setahun.

Wanita yang mengalami symptoms endometriosis dianggarkan akan mengambil hampir tujuh hingga lapan tahun untuk diagnosis endometriosis dibuat. Ini adalah kerana endometriosis hanya boleh didiagnos secara pastinya melalui pembedahan laparoscopy. Symptoms yang dialami oleh wanita akan memberikan petanda diagnosis kearah endometriosis. Namun bukan semua wanita akan tampil untuk melakukan pemeriksaan.

Secara purata hampir 7 tahun masa diambil untuk diagosis endometriosis dibuat..

Bagi wanita yang mempunyai tanda- tanda endometriosis, dinasihatkan agar untuk tidak melengahkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan. Segeralah mendapatkan khidmat doktor fertiliti. Ini kerana wanita mempunyai rizab telur yang terhad. Lagi lama dibiarkan maka endoemtriosis akan menjadi lebih serius, bersama dengan kesan faktor usia wanita, kadar kesuburan akan merosot.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

2 thoughts on “SENGGUGUT DAN KESUBURAN”

Comments are closed.