Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SATU ATAU DUA? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-P4tpQ0

SATU ATAU DUA?

Berapa bilangan embrio yang patut dipindahkan? Mungkin ini adalah satu persoalan yang kerap bermain difikiran anda. Sememangnya apabila setiap kali melihat anak kembar akan terlintas difikiran alangkah seronoknya kalau dapat kembar. Dah alang-alang buat IVF, sudah lama menunggu. Apa kata dapat dua terus. Senang. Tapi betul ke senang sebegitu?

Pemindahan dua embrio tidak selalunya lebih baik daripada satu!

Anda telah melalui prosedur pengambilan telur, telur anda telah disenyawakan, dan anda kini telah bersedia untuk melalui prosedur seterusnya iaitu embryo transfer. Tetapi anda tertanya- tanya, apakah yang terbaik? Satu atau dua embrio patut di transfer bagi meningkatkan peluang kehamilan. Apakah peratus kehamilan? Adakah pemindahan satu embryo lebih baik dari dua? Adakah terdapat apa- apa risiko dengan hamil anak kembar?

Siapakah yang patut mempertimbangkan pemindahan satu embrio?

SEMUA pasangan harus mempertimbangkan melakukan satu embryo transfer. Dan bukan dua. Atau tiga. Ini adalah antara usaha yang perlu di ambil dalam melahirkan seorang bayi yang sihat. Pada masa yang sama mengambil berat kesihatan ibu yang mengandung. Kehamilan kembar boleh menyebabkan kesihatan ibu terjejas (tekanan darah tinggi, kencing manis, keperluan untuk pembedahan caesar dan komplikasi kelahiran). Begitu juga dengan komplikasi pada bayi yang boleh berlaku (kelahiran pramatang, berat bayi yang rendah, perkembangan paru-paru pramatang, masalah urat saraf).

kajian menunjukkan bahawa peratus kejayaan dengan pemindahan satu embrio setara dengan pemindahan lebih dari satu embrio..

American Society for Reproductive Medicine (ASRM) dan Society for Assisted Reproductive Technology (SART) telah mengkaji semula ciri- ciri pemindahan bilangan embryo. Ciri- ciri ini berdasarkan pada kualiti embrio, yang merangkumi beberapa aspek iaitu:

Tahap Perkembangan Embrio: embrio pada hari ke-3 perkembangan atau embrio pada hari ke-5 perkembangan (tahap blastocyst).

Ciri kedua adalah Euploid Embryo: embrio yang mempunyai dengan kromosom normal berdasarkan ujian genetik (PGT-A).

Prognosis yang baik: embrio euploid atau satu atau lebih embrio yang berkualiti tinggi (berdasarkan bentuk yang kelihatan) atau wanita yang pernah bersalin sebelum ini.

ASRM mengesyorkan agar semua wanita, tanpa mengira usia, yang mempunyai embrio euploid melakukan satu embryo trasnfer kerana ujian genetik telah terbukti meningkatkan peratus implantasi dan kelahiran sambil mengurangkan risiko keguguran. Pesakit di bawah usia 38 tahun yang mempunyai “prognosis yang baik” juga disarankan untuk menjalani pemindahan satu embrio.

Selain itu, kesihatan keseluruhan wanita adalah pertimbangan penting dalam menentukan berapa banyak embrio yang patut dipindahkan. Wanita yang mempunyai penyakit tertentu seperti kencing manis atau darah tinggi tidak digalakkan memindahkan lebih dari satu embrio pada satu masa.

Apakah perbezaan kadar kejayaan antara pemindahan satu embrio dan pemindahan lebih dari satu embrio?

Pemindahan dua embrio tidak selalunya lebih baik daripada satu! Sebenarnya, kajian menunjukkan bahawa peratus kejayaan dengan pemindahan satu embrio setara dengan pemindahan lebih dari satu embrio. Pada masa yang sama risiko mengalami kehamilan kembar berikutan pemindahan dua embrio meningkat dengan ketara berbanding dengan pemindahan satu embrio.

Oleh itu, pemindahan satu embrio harus dipertimbangkan untuk SEMUA pasangan. Semua pasangan yang mempertimbangkan untuk memindahkan lebih dari satu embrio harus berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu. Ini termasuklah membuat perangcangan penjagaan optima dan apakah risiko tambahan yang perlu dipertimbangkan untuk mengandung anak kembar.

Sekiranya anda berhadapan dengan pertimbangan berapa embrio hendak dipindahkan, benbincanglah dengan doktor anda dan keputusan yang diambil perlulah mempertimbangkan segala aspek termasuklah risiko yang perlu dilalui oleh ibu yang mengandung dan anak yang dikandung.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print