Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
IVF » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-VEWAQV

IVF

In-vitro fertilization (IVF) atau juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji berlaku apabila telur diambil dari isteri disenyawakan di dalam makmal oleh Embriologis (Embryologist). Telur yang telah disenyawakan ini akan menjadi embrio yang kemudiannya akan berkembang dan membahagi dari dua sel ke empat sel, ke lapan sel dan seterusnya. Embrio ini akan menjadi satu gumpalan sel yang padat sebelum dimasukkan semula ke dalam rahim.
Proses IVF ini terbahagi kepada lima langkah utama iaitu

1. Stimulasi kilang telur (ovary) isteri
Langkah ini melibatkan isteri mengambil suntikan hormon bagi merangsang pembesaran telur. Suntikan ini dilakukan setiap hari pada tempoh tertentu sambil melakukan saringan imbasan bunyi (Ultrasound) bagi memastikan jumlah dan saiz pembesaran yang optimum sebelum prosedur pengambilan telur.

2. Pengambilan telur melalui prosedur kecil
Pengambilan telur ini dilakukan di dalam dewan bedah. Isteri akan diberi ubat tidur sepenuhnya oleh pakar bius. Pada masa yang sama dengan menggunakan imbasan bunyi (ultrasound) sebagai panduan, telur yang telah matang akan dikutip. Prosedur ini dikategorikan sebagain prosedur kecil kerana ianya melibatkan penggunaan jarum di faraj untuk pengambilan telur. Jarum ini bersambung dengan pam yang akan menyedut telur yang telah matang di kilang telur di kedua belah kiri dan kanan. Selalunya prosedur kutipan telur ini berlaku dalam tempoh yang kurang dari 30 minit.

3. Sperma suami diproses
Pada hari yang sama telur dikutip, suami akan diminta mengeluarkan air mani bagi diproses dan mendapatkan sperma untuk langkah seterusnya.

4. Persenyawaan telur oleh sperma di dalam makmal dan pembesaran embrio
Di dalam makmal, telur isteri akan disenyawakan dengan sperma suami bagi proses persenyawaan berlaku. Seterusnya, telur yang telah disenyawakan ini akan membahagi menjadi embrio. Embrio ini akan membahagi dalam keadaan optima di dalam makmal buat beberapa hari sebelum ianya dikembalikan ke dalam rahim ibu.

5. Pengembalian embrio ke dalam rahim
Ini merupakan langkah terakhir dalam rawatan IVF, di mana embrio yang telah membahagi dan menjadi gumpalan sel yang padat akan diletakkan semula ke dalam rahim ibu. Langkah ini adalah lebih ringkas jika dibandingkan dengan prosedur pengambilan telur di mana ianya menggunakan tiub yang halus dimasukkan ke dalam rahim.
Seterusnya selepas 10 hari kemudian, ujian darah akan dilakukan bagi memeriksa paras hormon mengandung.

ICSI

Intracytoplamic Sperm Injection (ICSI) pula adalah sejenis rawatan kesuburan yang hampir sama seperti IVF di atas. Namun perbezaannya adalah apa yang berlaku di dalam makmal. Jika IVF membenarkan sperma yang telah diproses bersenyawa dengan telur yang telah dikutip, rawatan ICSI melibatkan sperma disuntik terus ke dalam telur. Sperma yang dilihat mempunyai bentuk yang normal akan dipilih oleh Embriologis dengan menggunakan mikroskop dan disuntik terus ke dalam telur.

Rawatan ICSI adalah sesuai bagi mereka yang mempunyai
• Bilangan sperma yang rendah
• Kadar peratusan yang tinggi bagi sperma yang tidak bergerak dengan memuaskan
• Kadar peratusan yang tinggi bagi sperma yang mempunyai bentuk yang tidak normal
• Pasangan yang telurnya gagal bersenyawa setelah melakukan rawatan IVF
• Sperma yang diambil dari pembedahan zakar, akibat tiada sperma dijumpai di dalam air mani
• Sperma yang disalurkan ke pundi kencing dan bukannya ke air mani

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print