Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS) » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-KwTV7J

POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)

PCOS adalah salah satu faktor yang kerap berlaku di kalangan wanita. Dianggarkan 1 dari 5 wanita menghadapi PCOS. Sebahagian wanita yang mempunyai PCOS tidak mempunyai sebarang petanda. Sebahagian yang lain pula mempunyai petanda seperti mempunyai masalah kitaran haid yang tidak menentu atau tidak mendapat haid sama sekali, masalah jerawat dan kulit yang berminyak serta masalah petumbuhan bulu di muka atau dada sebagai contoh. Petanda ini adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Mempunyai berat badan yang lebih sering berkait rapat dengan PCOS dan mempunyai berat badan yang lebih membuatkan PCOS sukar untuk dirawat.

Tiga tanda PCOS

  1. Kitaran haid yang tidak menentu. Ini merupakan faktor utama mengapa telur tidak dilepaskan atau melalui proses ovulasi setiap bulan.
  2. Terdapat paras hormon testosterone yang tinggi di dalam badan. Ini boleh dilihat dengan mempunyai masalah bulu yang tumbuh di muka atau badan ataupun masalah kulit yang berminyak dan jerawat.
  3. Kilang telur yang kelihatan mempunyai banyak kantung kecil (follicle) apabila alat imbasan bunyi (ultrasound) digunakan.

Seseorang wanita dikatakan mempunyai PCOS apabila mempunyai 2 dari 3 tanda di atas.

Kilang Telur (Ovari) yang mempunyai ciri PCOS

Kilang telur yang mempunyai ciri polycystic apabila kilang telur tersebut mempunyai banyak kantung kecil yang berukuran sehingga 8mm saiznya. Kantung ini mempunyai telur yang tidak matang. Telur ini tidak dilepaskan ketika proses ovulasi. Oleh itu wanita yang mempunyai PCOS selalunya mempunyai masalah ovulasi.

Tanda seseorang wanita menghadapi PCOS

Separuh dari wanita yang mempunyai PCOS tidak mempunyai sebarang petanda. Namun begitu bagi wanita yang mempunyai PCOS, mereka mungkin mengalami
• Kitaran haid yang tidak menentu
• Masalah kesuburan kerana tidak berlaku ovulasi
• Mempunyai masalah bulu yang tumbuh di muka, dada atau bahagian belakang badan ataupun di bahagian punggung
• Mempunyai masalah kulit yang berminyak atau masalah jerawat
• Rambut yang nipis atau keguguran rambut
• Masalah berat badan

Wanita yang mengalami PCOS juga mempunyai risiko untuk mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung pada kemudian hari.

Apakah sebab berlakunya PCOS?

Sebab mengapa PCOS berlaku adalah masih menjadi persoalan. Namun begitu PCOS boleh berlaku kepada sesiapa yang mempunyai sejarah PCOS di dalam keluarga. PCOS adalah berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Ianya termasuklah paras hormon Insulin yang tinggi.

Hormon Insulin adalah hormon yang mengawal paras gula di dalam badan. Wanita yang mempunyai PCOS didapati mempunyai hormon Insulin tidak begitu efektif atau berkesan untuk mengurangkan paras gula. Maka mereka memerlukan paras hormon Insulin yang lebih tinggi bagi mendapatkan kesan yang sama.

Ini juga memberikan kesan kepada hormon Testosteron yang akhirnya menyebabkan paras Testosteron yang tinggi dikalangan wanita yang mengahdapi PCOS. Di samping itu, berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan peningkatan paras Insulin.

Apakah rawatan kepada wanita yang mempunyai PCOS?

Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuh PCOS. Namun begitu wanita yang mempunyai ciri PCOS seperti masalah jerawat dan haid tidak menentu ianya boleh di rawati. Wanita yang mempunyai PCOS pada masa yang sama mempunyai berat badan yang berlebihan, adalah dinasihatkan untuk menurunkan berat badan kepada BMI yang normal agar masalah PCOS dapat dikawal.

Terdapat juga ubat yang membantu proses ovulasi berlaku bagi wanita yang mempunyai PCOS. Ubat ini akan lebih berkesan sekiranya ianya diberikan pada wanita yang mempunyai berat badan yang normal.

Kebanyakkan wanita yang mempunyai PCOS berjaya mengandung. Selain dari ubat dan rawatan kesuburan, terdapat juga rawatan pembedahan yang boleh meningkatkan peluang ovulasi berlaku. Ianya dikenali sebagai Laparoscopic Ovarian Drilling. Rawatan ini disarankan kepada wanita yang tidak terkesan dengan ubat kesuburan yang diberikan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)”

Comments are closed.