qtq80-0TwCTR

OHSS

Ovarian Hysperstimulation Syndrome (OHSS) adalah salah satu komplikasi yang boleh berlaku kepada wanita yang melakukan rawatan kesuburan. Ianya berlaku apabila ovari menghasilkan lebih dari 20 folikel akibat dari ubat hormon stimulasi yang diberikan di sepanjang rawatan kesuburan.

Bagaimanakah OHSS berlaku?

Apabila ovari dirangsang dan ia menghasilkan lebih dari 20 folikel, ovari tersebut akan membengkak. Ovari juga akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang akan menyebabkan pembuluh darah diseluruh badan menjadi telap atau mudah ditembusi. Ini menyebabkan berlakunya ‘fluid shift’ di mana cecair akan keluar dan bergerak dari pembuluh darah kepada kawasan badan yang lain (third space compartment). Akibat dari pergerakkan cecair ini, terdapat penakungan cecair di dalam perut, pelvis dan juga peparu. Ini boleh menyebabkan perut kembung dan sukar untuk bernafas. Di samping itu ia juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan sekaligus risiko darah beku boleh berlaku.

OHSS boleh diklasifikasikan mengikut symptom yang dialami oleh seseorang wanita tersebut. Ini termasuklah samada ianya mild, moderate, severe atau critical. Kebanyakkan wanita akan mengalami mild OHSS dimana mereka akan merasakan perut kembung, perut tidak selesa dan di dapati saiz ovari adalah kurang dari 8cm. Dianggarkan 3- 6% wanita mengalami moderate OHSS dan 0.1- 2% mengalami severe OHSS.

33% wanita yang mengalami OHSS mengalami tahap mild OHSS

Siapakah yang mempunyai risiko OHSS?

Wanita yang berisiko termasuklah mereka yang mempunyai

  • PCOS
  • Usia kurang dari 30
  • BMI yang rendah
  • Mempunyai folikel yang banyak
  • Pernah mengalami PCOS sebelum ini
  • Paras hormon Oestrogen yang tinggi
  • Penggunaan hormone hCG

Bagaimanakah risiko OHSS dapat dikurangkan dan dielakkan?

Setiap wanita perlu disaring untuk menentukan samada mereka mempunyai PCOS. Ujian darah untuk menentukan rizab telur juga boleh memberi informasi akan protokol dan dos hormon yang sesuai untuk digunakan bagi merangsang ovari ketika melakukan rawatan kesuburan. Dos hormon yang rendah digunakan bagi mereka yang mempunyai risiko OHSS. Protokol rangsangan yang pendek atau juga dikenali sebagai antagonist protocol digunakan. Elak dari menggunakan hormon hCG sebagai ‘trigger’ dan menggunakan hormon GnRH agonist sebagai trigger.  Langkah seterusnya yang berkesan bagi mengurangkan risiko OHSS termasuklah pembekuan semua embrio yang terhasil dan melakukan Frozen Embryo Transfer (FET) pada kitaran yang akan datang.

1% wanita akan mengalami ‘moderate to severe’ OHSS

Polisi Freeze All

Dengan kemajuan sains dan teknologi, kini didapati tahap kejayaan frozen embryo transfer dan fresh transfer berada pada tahap yang sama. Maka dengan itu langkah FET perlu diambil bagi mengurangkan risiko OHSS. Apabila dilihat wanita yang mempunyai risiko OHSS, FET dapat meningkatkan peluang mereka mengandung sebanyak 15%. Dengan data yang ada tidak hairanlah mengapa FET menjadi salah satu langkah pilihan bagi wanita yang berisiko mengalami risiko OHSS.

Bagaimanakah OHSS dirawat?

Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap OHSS yang dialami. Kebanyakkan wanita mempunyai mild OHSS. Rawatan sebagai pesakit luar bersama ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh diberikan. Elakkan dari mengambil NSAIDS seperti Ibuprofen atau Neurofen. Wanita digalakkan untuk minum air dengan mencukupi. Symtom mereka akan diawasi setiap 2-3 hari. Bagi mereka yang mengalami OHSS yang lebih serius seperti severe atau critical OHSS, mereka akan dirawat di Hospital dan terkadang memerlukan rawatan intensif di ICU. Cecair yang bertakung diperut atau di peparu akan dikeluarkan. Ubat cairkan darah akan diberikan bagi mengelakkan risiko darah beku.

Adakah anda berisiko mengalami OHSS? Berbincanglah dengan doktor anda bagi mendapatkan penerangan dan perancangan yang sebaiknya. Semoga perjalanan TTC anda dipermudahkanNya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print