Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
MITOS PCOS » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-RDtcQ8

MITOS PCOS

Polycystic Ovarian Syndrome atau lebih dikenali sebagai PCOS adalah antara sebab utama kenapa kitaran haid tidak menentu. Terdapat banyak MITOS atau salah tanggapan mengenai PCOS. Dalam posting kali ini kita akan membincangkan antara mitos yang kerap dibincangkan di kalangan ttc.

1. PCOS jarang berlaku

Di anggarkan 1 dari 5 wanita mengalami PCOS. PCOS adalah antara penyakit endokrin yang paling biasa berlaku.

2. PCOS boleh sembuh

PCOS boleh dijaga tetapi tidak dapat disembuhkan. Pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, penurunan berat badan walaupun sedikit (kira-kira 5%) boleh memberi kesan yang besar kepada peluang kehamilan.

3. PCOS membuatkan emosi tidak stabil

Banyak wanita dengan ovari normal mengalami emosi yang tidak stabil dan banyak wanita dengan PCOS tidak mempunyai masalah emosi!

4. Berat badan tidak turun kerana PCOS

Ramai wanita dengan PCOS sukar menurunkan berat badan kerana gangguan hormon yang berkaitan mendorong kenaikan berat badan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak wanita yang mempunyai PCOS mempunyai berat badan yang sihat.

5. Tidak boleh hamil kerana PCOS

PCOS boleh membuat keadaan menjadi lebih sukar untuk hamil tetapi sekarang ada banyak rawatan kesuburan yang boleh membantu Wanita hamil. Berat badana memainkan peranan yang penting. Semakin tinggi berat badan, semakin sukar ovulasi berlaku dan semakin sukar untuk merangsang ovari. Namun begitu perlu di ketahui, lebih ramai wanita dengan PCOS berjaya mempunyai anak daripada tidak.

6. PCOS hanya berlaku pada wanita yang berlebihan berat badan

Tidak, itu tidak benar. Terdapat juga Wanita yang mempunyai berat badan yang normal, namun mengalami PCOS.

7. PCOS tiada kaitan dengan Kanser Rahim.

Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai risiko untuk mengalami kanser rahim sekiranya tidak dirawat. Ini kerana apabila wanita tidak mempunyai kitaran haid yang tetap, dinding rahim (endometrium) menebal tetapi tidak diturunkan/ditukarkan lapisannya melalui haid. Semua penebalan dinding rahim tumbuh di luar kawalan: keadaan yang dikenali sebagai hyperplasia. Sekira ianya dibiarkan sahaja dengan begitu lama, ianya boleh menjadi barah atau kanser rahim. Cara untuk menghentikannya adalah dengan memastikan anda mengalami pendarahan setiap beberapa bulan (paling lama tiga bulan sekali untuk haid datang).

8. PCOS tiada kaitan dengan penyakit lain.

Seseorang Wanita yang mengalami PCOS, akan berisiko menghidap penyakit diabetes dan ini dikaitkan dengan peningkatan penyakit lain seperti risiko penyakit jantung. Oleh itu, (terutamanya jika terdapat ahli keluarga terdekat menghidap diabetes) untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menurunkan berat badan, aktif dan lakukan semua perkara umum yang disyorkan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung – seperti tidak merokok dan makan makanan sihat yang penuh dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print