Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
MITOS IVF MENJAMIN KEHAMILAN 100% » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-JxOJ8Y

MITOS IVF MENJAMIN KEHAMILAN 100%

  • Rawatan IVF tidak menjamin kehamilan 100%.
  • Malah peratusan kejayaan IVF secara menyeluruh adalah dalam lingkungan 30% hingga 40%.
  • Antara faktor yang memainkan peranan bagi kejayaan kehamilan adalah:-
  • Usia wanita – Kejayaan kehamilan adalah setinggi 40% bagi mereka yang berusia kurang dari 35 tahun. Kejayaan kehamilan kurang dari 5% bagi wanita yang berusia 42 tahun ke atas.
  • Faktor ketidaksuburan– wanita yang mempunyai rizab telur yang rendah akan mempunyai peratus kejayaan kehamilan yang lebih rendah berbanding dengan wanita lain. Faktor yang melibatkan kedua- dua lelaki dan wanita juga akan meletakkan peratusan kejayaan yang lebih rendah.
  • Pernah mengandung– jika anda sebelum ini pernah mengandung tidak kiralah samada secara semula jadi atau melalui IVF, anda mempunyai peluang kejayaan kehamilan yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak pernah mengandung sebelum ini.
  • Gaya hidup sihat– jika anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan mempunyai berat badan yang normal, anda mempunyai peratus kejayaan kehamilan yang lebih tinggi.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print