Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
MERANCANG UNTUK HAMIL » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-aaE3FH

MERANCANG UNTUK HAMIL

Anda boleh meningkatkan peluang mengandung dan mempunyai kandungan yang sihat dengan melakukan langkah- langkah berikut:-

Mengambil Asid Folic

Asid Folic ini bukannlah ubat subur. Tetapi pengambilan Asid Folic ini dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan mengalami masalah saraf tunjang yang tidak terbentuk dengan normal seperti Spinal Bifida.

Bagi wanita yang menrancang untuk mengandung adalah dinasihatkan bagi mereka untuk mengambil 400mcg Asid Folic setiap hari. Anda dinasihatkan untuk mengambil Asid Folic setiap hari sehingga anda 12 minggu usia kandungan.

Sesetangah wanita perlu mengambil Asid Folic pada kadar dos yang lebih tinggi iaitu pada dos 5 mg. Wanita yang memerlukan dos 5m Asid Folic ini adalah mereka yang mempunyai

  • Diabetes
  • Sawan (Epilepsy)
  • Mempunyai anak yang mempunyai penyakit Spina Bifida, atau mempunyai sejarah dalam keluarga suami atau isteri yang mempunyai Spina Bifida. 

Asid Folic boleh didapati di mana- mana farmasi atau klinik berhampiran. Sekiranya anda mengandung tanpa mengambil Asid Folic, anda tidak perlu risau. Anda dinasihatkan agar mengambil Asid Folic sejeru selepas anda mengetahui anda mengandung.

Asap Rokok dan Kandungan.

Merokok ketika mengandung boleh mengakibatkan kemudharatan kepada bayi yang sedang membesar di dalam perut ibu. Ianya boleh mengakibatkan

  • Keguguran
  • Kelahiran pramatang
  • Berat bayi yang rendah
  • Masalah pernafasan
  • Meninggal di awal usia (Sudden Infant Death Syndrome).

Asap rokok juga merbahayakan kesihatan bayi. Oleh itu jika terdapat orang lain yang merokok, mohon mereka agar berhenti merokok atau merokok di tempat lain.

Berhenti merokok sememangnya mencabar bagi mereka yang sudah lama merokok. Oleh itu digalakkan bagi sesiapa yang ingin berhenti merokok mendapatkan bantuan dan nasihat yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berjaya berhenti dengan jayanya. Anda boleh melayari laman sesawang Tak Nak Merokok http://taknak.myhealth.gov.my/ bagi mendapatkan lebih maklumat dan bantuan sokongan.

Bagaimana pula dengan Vape? Adakah Vape selamat?

Vape adalah salah satu tabiat baru yang pada awalnya menerima persepsi bahawa seolah-olah ianya adalah lebih selamat dari merokok. Namun begitu terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa vape juga boleh menyebabkan sperma menjadi kurang aktif. Begitu juga kajian menunjukkan vape menggannggu dan melambatkan proses penempelan embrio di dalam populasi tikus kajian. Walaupun kajian mengenai vape buat ketika ini masih terhad, ini sepatutnya membuatkan kita terus berwaspada dengan penggunaan vape. Penukaran dari merokok kepada vape bukanlah sesuatu yang selamat tanpa sebarang risiko. 

Berat Badan yang Sihat

Memiliki berat badan yang sihat iaitu Body Mass Index 19- 25 adalah yang terbaik boleh dilakukan bagi mana- mana pasangan suami isteri yang merancang untuk menimang cahaya mata. Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang lebih, iaitu BMI > 25 atau obes, iaitu BMI > 30, keadaan ini boleh mengganggu tahap kesuburan anda.

Bagi ibu yang mengandung dan mempunyai BMI yang tinggi ianya boleh menyebabkan seseorang ibu itu mengalami keguguran, penyakit darah tinggi, kencing manis, masalah darah beku ketika mengandung.

Selain dari risiko kesihatan akibat BMI yang lebih, ia juga boleh menyebabkan ubat kesuburan tidak begitu berkesan. Ubat kesuburan perlu diberikan pada dos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kesan yang sama.

Melakukan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang seimbang dan senaman badan boleh membantu anda memiliki berat badan yang sihat.

Ketahui Ubat yang Selamat yang Boleh Diambil.

Bukan semua ubat boleh diambil ketika mengandung. Oleh itu jika anda merancang untuk mengandung anda perlu memberitahu doktor perubatan yang anda sedang cuba mengandung bagi memastikan ubat yang anda ambil adalah selamat dan tidak mendatangkan apa- apa kemudharatan kepada bayi yang dikandung.

Sejarah Kesihatan Sebelum Ini.

Jika anda mempunyai penyakit sebelum ini, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum mengandung. Ini adalah kerana sesetengah penyakit boleh memberi impak kepda kandungan dan sebaliknya jika penyakit tersebut tidak dikawal sebaiknya sebelum mengandung. Ini termasuklah ubat- ubatan yang perlu diambil sekiranya anda merancang untuk mengandung. Sesetangah ubat perlu ditukar bagi memastikan ianya tidak mempunyai risiko bagi bayi yang dikandung.

Antara masalah kesihatan yang dialami oleh bakal ibu termasuklah:-

  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Asthma
  • Sawan (Epilepsy)
  • Sakit Jantung

Jadikan setiap kandungan adalah kandungan yang dirancang. Kandungan yang terancang adalah kandungan yang sihat, di mana setiap pasangan suami dan isteri membuat persediaaan yang sewajarnya bagi menimang cahaya mata. Ini termasuklah memiliki tahap kesihatan yang optimum pada masa yang sama melaksanakan gaya hidup yang sihat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print