Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
KESAN JANGKA PANJANG PCOS » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-wkMXEF

KESAN JANGKA PANJANG PCOS

Wanita yang mengalami PCOS, selain kesan seperti kitaran haid yang tidak menentu, masalah kesuburan, masalah kulit berminyak dan berjerawat, PCOS juga boleh memberikan kesan jangka panjang.

Apakah kesan jangka masa Panjang tersebut?

Wanita yang mempunyai PCOS berisiko untuk mengalami
• Penyakit Kencing Manis
Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai risiko untuk mengalami penyakit kencing manis. Adalah dianggarkan 1 hingga 2 dari 10 wanita yang mempunyai PCOS akan mengalami penyakit kencing manis.
Sekiranya anda mempunyai PCOS, risiko untuk mendapat kencing manis akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda :-
o Umur lebih dari 40 tahun
o Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
o Mengalami penyakit kencing manis ketika mengandung
o Mempunyai berat badan yang obes (BMI > 30)

• Darah tinggi
Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai kecenderungan mempunyai darah tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan dan kesan dari hormone insulin yang kurang terkesan kepada mereka yang mempunyai PCOS. Apabila mempunyai darah tinggi ianya juga menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami masalah jantung.

Kanser rahim
Sekiranya wanita yang mengalami PCOS dan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu, apabila kitaran haid itu kurang dari 3 kali setahun, ianya boleh menyebabkan lapisan dinding rahim menjadi tebal. Ini boleh menyebabkan kanser rahim.

Terdapat bebrapa pilihan ubat progesterone yang boleh melindungai lapisan rahim. Sama ada ianya berbentuk pil atau ubat perancang keluarga termasuklah memakai alat di dalam rahim bagi mereka yang tidak merancang untuk mengandung dalam waktu terdekat.

PCOS tidak membuatkan seseorang itu lebih berisiko untuk mendapat kanser ovari atau kanser payudara.

• Masalah kemurungan
PCOS boleh memberikan kesan kepada kenyakinan diri dan ianya boleh membawa kepada kemurungan.

Masalah tidur berdengkur
PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita itu cenderung kepada tidur yang tidak berkesan dan berdegkur. Akibatnya seseorang wanita itu akan merasa letih di siang hari.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang PCOS?

Amalkan gaya hidup yang sihat
• Makan makanan yang sihat
• Melakukan senaman sekurang- kurangnya tiga kali seminggu selama 30 minit.
Pastikan berat badan anda berada dalam lingkunan berat badan yang normal. Iaitu mempunyai BMI antara 19- 25.
Lakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap
Ini termasuklah pemantauan terhadap
• Kencing manis. Wanita yang mempunyai PCOS dan berumur 40 tahun ke atas perlu memeriksa darah setiap tahun bagi memastikan beliau tidak menghadapi kencing manis.
• Kanser rahim. Sekiranya anda tidak mempunyai haid selama lebih dari 3- 4 bulan atau haid yang tidak menentu anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan bersama doktor. Ini melibatkan pemeriksaan imbasan bunyi (ultrasound) dan sampel dinding rahim sekiranya perlu.
• Tekanan darah tinggi
• Kemurungan

Rawatan bagi PCOS?

PCOS tidak dapat dirawati. Namun PCOS dapat dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

2 thoughts on “KESAN JANGKA PANJANG PCOS”

Comments are closed.