Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
INI BUKAN LENDIR SEBARANGAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-Z1Nlat

INI BUKAN LENDIR SEBARANGAN

Lendir di serviks bukan sekadar lendir biasa. Malah ianya memainkan peranan yang besar bagi proses pemilihan sperma agar persenyawaan berlaku. Lendir ini juga bertindak melindungi rahim dari jangkitan. Maka semestinya ia bukan lendir sebarangan!

Saintis dari Finland mendapati sperma seseorang lelaki dapat berfungsi dengan lebih baik apabila mempunyai kandungan ginetik yang kurang serupa dengan seseorang wanita.

Penemuan ini adalah hasil dari kajian yang melihat kepada sampel lendir serviks beberapa orang wanita dan sampel sperma dari beberapa orang lelaki. Ia kemudiannya diuji dengan semua kemungkinan kombinasi antara sperma dan lendir untuk melihat bagaimana sperma bergerak di dalam lendir tersebut.

Lendir serviks akan memilih sperma mana yang terbaik..!

Lendir serviks adalah halangan pertama yang dihadapi sperma dalam perjalanannya untuk bersenyawa dengan telur. Lendir ini juga merupakan suatu struktur yang kompleks yang membantu melindungi rahim dari jangkitan dan juga bertindak sebagai saringan atau penapis agar hanya sperma yang terbaik berjaya melepasi halangan ini.

Kajian mendapati bahawa sperma yang berjaya melepasi lendir serviks wanita adalah yang mempunyai profil genetik yang berbeza dengan genetik wanita tersebut.

Kajian terdahulu membuktikan bahawa lelaki dan wanita lebih suka bau mereka yang mempunyai HLA yang kurang serupa. HLA adalah sekumpulan protein yang berada di permukaan sel dan membantu sistem imun membezakan antara sel-sel tubuh sendiri dan ancaman menyerang, seperti sel bakteria. HLA juga dikesan di permukaan sel sperma dan pada lendir serviks, menyokong idea bahawa pemadanan dan keserasian imunologi telur dan sperma mungkin memainkan peranan penting untuk persenyawaan berjaya.

..lagi tidak serupa lagi baik..

Penemuan ini boleh memberi implikasi penting untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai proses persenyawaan dan seterusnya kandungan itu sendiri.

Adakah ini antara sebab mengapa pasangan menghadapi masalah untuk hamil?  Masih banyak yang perlu dipelajari mengenai keserasian telur dan sperma manusia. Malangnya, pada masa ini tidak ada sebarang ujian yang boleh dilakukan untuk memeriksa keserasian sel telur dan sperma manusia.

Mungkinkah suatu ketika nanti kita boleh melakukan ujian keserasian antara pasangan? Bukan hanya keserasian perwatakan malah keserasian antara telur dan sperma sebagai salah satu ujian saringan kesuburan? Wallahu a’lam. Sungguh dalam ilmuMu Ya Rabb!

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print