Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
HARI OVULASI DAN KADAR PERATUSAN BERJAYA MENGANDUNG » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-mBDVfZ

HARI OVULASI DAN KADAR PERATUSAN BERJAYA MENGANDUNG

Dalam setiap kitaran haid, hari yang mana mempunyai peratusan yang paling tinggi untuk seseorang wanita itu berjaya mengandung? Ramai yang berpendapat hari apabila telur dilepaskan atau hari ovulasi, itulah hari yang paling subur. Benarkah tanggapan itu? Mari kita lihat kajian yang melihat pada peratusan berjaya mengandung berbanding hari sebelum, ketika dan selepas ovulasi berlaku.

Pada setiap bulan, hanya terdapat satu waktu tertentu yang boleh membolehkan anda mengandung. Waktu ini dikenali waktu subur. Waktu subur ini berlaku dekat dengan ketika proses ovulasi berlaku, iaitu apabila telur dilepaskan. Telur dilepaskan lebih kurang 14 hari sebelum mendapat haid. Kaum lelaki tidak mempunyai waktu subur. Ini adalah kerana sperma sentiasa dihasilkan setiap hari. Sperma yang matang akan disimpan di dalam zakar dan bersedia untuk digunakan pada bila- bila masa. 

Diadaptasi dari Colombo & Masarotto (2000). Daily fecundability: First results from a new database. Demographic Research. Retrieved from http://www.demographic-research.org/volumes/vol3/5/3-5.pdf

Gambarajah di atas menunjukkan peratus peluang mengandung berdasarkan hari ovulasi berlaku. Hari 0 adalah hari ovulasi berlaku. Dari rajah di atas, hari ketiga, kedua dan satu hari sebelum hari ovulasi adalah waktu yang mempunyai peratusan yang tinggi bagi kehamilan berlaku. Sekiranya hubungan suami isteri berlaku tiga hari sebelum ovulasi, terdapat 24% peluang mengandung. Sekiranya 2 hari sebelum, peluang menagndung meningkat ke 26% dan sekiranya hubungan berlaku 1 hari sebelum ovulasi peratusnya menurun ke 21%.  

Kajian ini menyangkal hari paling subur adalah hari Ovulasi. Malah hari yang paling subur mengikut peratus kejayaan mengandung adalah dua hari sebelum proses ovulasi. Oleh kerana proses ovulasi kadang- kadang agak sukar untuk dikesan, maka adalah dinasihatkan bagi pasangan untuk melakukan hubungan suami isteri setiap antara 2 hingga 3 kali seminggu bagi meningkatkan peluang mengandung.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print