qtq80-aEZx9e

FAKTA BERAT BADAN & KESUBURAN

Statistik di Malaysia pada tahun 2015 menunjukkan 1 dari 2 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Sebanyak 33% populasi di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan (overweight) dan 18% pula adalah obes. Ini sekaligus menjadikan Malaysia Negara yang paling gemuk di rantau Asia.

Mempunyai berat badan berlebihan meletakkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar, sakit sendi dan juga kanser. Berat badan berlebihan juga memberi kesan negative kepada kesuburan dan kandungan. Kesan yang negative ini mungkin terlepas pandang oleh kebanyakkan pasangan kerana mereka masih muda dan tidak mengalami apa- apa penyakit kronik akibat berat badan berlebihan.

risiko untuk mengalami darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sakit sendi, angin ahmar, kanser..

Semestinya isu berat badan yang berlebihan ini adalah isu yang sensitif untuk dibincang di dalam klinik. Terutamanya bagi mereka yang telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dan masih belum berjaya. Namun ianya perlu disentuh kerana sekiranya kita inginkan keputusan dan kejayaan dalam rawatan kesuburan, isu ini perlu diberi perhatian.

Berat badan & Kesuburan Wanita

  • Berat badan memberi kesan kepada kitaran haid dan ovulasi.
    • Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Ovulasi tidak berlaku. Apabila berat badan turun, kitaran haid akan menjadi lebih teratur dan ovulasi berlaku. Ini akan meningkatkan lagi peluang untuk mengandung.
  • Berat badan memberi kesan kepada bagaimana seseorang itu respon kepada rawatan kesuburan yang diberikan.
    • Kajian menunjukkan wanita yang mepunyai berat badan berlebihan akan memerlukan dos ubat yang lebih tinggi untuk telurnya dirangsang. Ini semestinya akan meningkatkan kos rawatan. Respon kepada ubat yang diberikan juga adalah kurang jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai berat badan yang normal.
  • Berat badan memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kesuburan.
    • Kajian juga menunjukkan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai kualiti telur yang rendah, peratus persenyawaan yang lebih rendah dan peratus embrio yang terbentuk adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai berat badan yang normal. Secara keseluruhan peratus kejayaan adalah 10% lebih rendah bagi wanita yang mempunyai BMI >25kg/m2  berbanding dengan wanita yang mempunyai BMI <25kg/m2
  • Berat badan memberi kesan kepada proses penempelan embrio di dinding rahim.
    • Kadar penempelan embrio adalah lebih rendah bagi wanita yang mempunyai berat badan yang lebih.

Berat badan & Kesuburan Lelaki

Berat badan berlebihan di kalangan pasangan lelaki akan

  • Memberi kesan kepada bacaan sperma. Bilangan dan pergerakkan sperma yang lebih rendah bagi lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan.
  • Menyebabkan kadar persenyawaan yang rendah
  • Menyebabkan adar pembentukan embrio yang rendah
  • Menyebabkan kadar keguguran kandungan yang lebih tinggi bagi pasangan lelaki yang mempunyai berat badan yang lebih.
  • Menyebabkan kadar kelahiran bayi yang lebih rendah bagi pasangan lelaki yang mempunyai berat badan yang lebih.

Berat badan & Kandungan

Mempunyai berat badan berlebihan ketika mengandung akan meningkatkan

  • risiko keguguran
  • komplikasi ketika mengandung termasuklah: risiko kencing manis, darah tinggi, pre-eclampsia, bayi meninggal di dalam kandungan, kelahiran pramatang, bersalin melalui pembedahan caesarean section, vacuum atau forcep, bahu bayi tersangkut (shoulder dystocia), bayi lemas, bayi meninggal di awal kelahiran serta berat badan bayi yang rendah atau lebih ketika dilahirkan.
  • risiko kecacatan kelahiran seperti masalah jantung bayi, urat saraf dan lain- lain.

Tidak semua pasangan akan mengalami perkara di atas. Namun mempunyai berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko tersebut. Dalam rawatan kesuburan, waktu adalah terhad. Ianya akan mengambil masa untuk menurunkan berat badan terutamanya bagi mereka yang mempunyai rizab telur yang kurang atau usia sudah 35 tahun ke atas.

..dalam rawatan kesuburan, waktu adalah terhad..

Oleh yang demikian, adalah di nasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan sokongan dari doktor kesuburan bagi mengetahui apakah langkah pertama yang terbaik untuk dilakukan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print