Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BERAT SUAMI JUGA MEMAINKAN PERANAN? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-GU098j

BERAT SUAMI JUGA MEMAINKAN PERANAN?

Ramai yang mengetahui Body Mass Index (BMI) yang tinggi memberi kesan terhadap kesuburan wanita. Namun bagaimana pula dengan faktor BMI suami dan isteri? Adakah ianya memberi kesan pada tempoh masa yang diambil untuk mengandung. Adakah hanya BMI isteri sahaja yang memainkan peranan? Atau berat suami JUGA memberikan kesan yang penting kepada kehamilan?

BMI yang tinggi dikaitkan dengan bilangan telur yang kurang, kualiti telur yang rendah, kadar persenyawaan yang kurang, dan kadar implantasi yang lebih rendah – serta komplikasi ketika mengandung..

Baru- baru ini terdapat satu kajian yang besar dari China menunjukkan bahawa BMI kedua- dua pasangan suami isteri memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar kesuburan mereka. Sehingga kini, kita ketahui bahawa BMI yang tinggi dikaitkan dengan bilangan telur yang kurang, kualiti telur yang rendah, kadar persenyawaan yang kurang, dan kadar implantasi yang lebih rendah – serta komplikasi ketika mengandung (1). Maka tidak hairanlah mengapa disesetengah tempat menjadikan BMI yang normal sebagai salah satu kriteria kelayakan utama untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

BMI yang normal adalah kriteria utama dalam rawatan kesuburan

Kajian yang dijalankan di China telah menunjukkan pasangan lelaki dan wanita yang mempunyai BMI yang tinggi akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengandung (2). Kajian ini dijalankan sepanjang 2016 dan 2017, dan melibatkan lebih dari 2 juta dan semuanya merancang kehamilan buat kali pertama. Hasil kajian menunjukkan peratus berjaya mengandung bagi wanita yang mempunyai BMI yang rendah, normal, berat badan berlebihan, dan obesiti masing-masing adalah 61.62%, 64.14%, 61.50%, dan 55.01%; dan bagi lelaki 62.74%, 63.32%, 63.72%, dan 62.22% pada akhir tempoh satu tahun. Kajian juga menunjukkan wanita yang mempunyai berat yang kurang, berat badan berlebihan dan obes mempunyai kemungkinan kehamilan 7%, 5% dan 20% lebih rendah daripada mereka yang mempunyai BMI normal. Penemuan ini adalah sama di kalangan lelaki.

berat yang kurang, berat badan berlebihan dan obes mempunyai kemungkinan kehamilan 7%, 5% dan 20% lebih rendah

Hasil dari kajian ini, jika dibandingkan dengan pasangan di mana kedua pasangan mempunyai BMI yang normal, kadar kehamilan adalah kurang sebanyak 10% dan 19% pada pasangan di mana kedua-dua pasangan mempunyai berat badan yang rendah atau obes – namun tidak ada statistik yang signifikan perbezaan antara pasangan di mana kedua-dua pasangan mempunyai berat badan berlebihan.

BMI optimum 20.61-23.06 untuk wanita dan 22.69-27.7 untuk lelaki

Berdasarkan masa yang diambil untuk mengandung, kajian mendapati bahawa kombinasi wanita BMI normal dan lelaki berlebihan berat badan mempunyai kesuburan yang paling tinggi, dan kombinasi wanita obes dan lelaki kurang berat badan mempunyai kesuburan terendah. BMI yang paling optimum untuk masa terpendek hingga kehamilan dicatatkan masing-masing 20.61-23.06 dan 22.69-27.7 untuk wanita dan lelaki.

Di sini dapat disimpulkan mempunyai BMI yang normal adalah penting dan dapat meningkatkan kesuburan pasangan. Bukan BMI isteri sahaja, malah BMI kedua- dua pasangan suami dan isteri memberi kesan kepada peratus kejayaan kehamilan.

Rujukan.

  1. Luke B, Brown MB, Missmer SA, et al. The effect of increasing obesity on the response to and outcome of assisted reproductive technology: a national study. Fertil Steril 2011; 96: 820–825; https://doi.org/10.1016/j.fertnstert.2011.07.1100
  2. Zhang Y, Zhang J, Zhao J, et al. Couples’ pre- pregnancy body mass index and time to pregnancy among those attempting to conceive their first pregnancy. Fertil Steril 2020. doi.org/10.1016/j.fertnstert.2020.05.041

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print