Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BAGAIMANAKAH KANDUNGAN BERLAKU? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-5aSva4

BAGAIMANAKAH KANDUNGAN BERLAKU?

Seseorang isteri itu mengandung apabila telur yang dilepaskan melalui proses ovulasi berjaya disenyawakan oleh sperma suami. Sesetengah pasangan berjaya mengandung sejurus selepas berkahwin. Manakala sesetengah pasangan pula mengambil masa yang lebih lama untuk mengandung. Jika 100 pasangan yang cuba mengandung, 80 peratus dari mereka akan mengandung dalam masa setahun. Selebihnya mengambil masa yang lebih lama atau memerlukan rawatan kesuburan bagi membantu mereka mengandung.

Bagi memahami proses mengandung semulajadi ini, adalah penting untuk setiap pasangan memahami kitaran haid isteri. Hari pertama isteri mengalami darah haid, ianya dikira sebagai hari pertama dalam kitaran. Kebanyakkan wanita mempunyai purata kitaran haid selama 28 hari. Ovulasi berlaku dalam 14 hari selepas haid. Untuk mengandung, telur yang dilepaskan melalui proses ovulasi mempunyai tempoh selama 24 jam untuk disenyawakan.

Sperma boleh hidup di dalam rahim selama 7 hari. Oleh itu sekiranya sperma berada di dalam rahim beberapa hari sebelum ovulasi, ianya boleh bergerak menuju tiub fallopian dan menantikan kehadiran telur untuk persenyawaan berlaku. Proses persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopian. Apabila telur dan sperma bersenyawa, embrio akan terbentuk dan membahagi. Pada masa yang sama embrio tersebut akan bergerak dari tiub fallopian menuju ke rahim bagi proses penempelan berlaku.

Sekiranya proses penempelan berjaya berlaku, embrio tersebut akan terus membesar menjadi janin bayi. Darah haid tidak datang. Ujian air kencing atau darah boleh dilakukan untuk memeriksa hormon mengandung seawal 7-10 hari selepas hari haid dijangka sepatutnya datang. Sesetengah wanita akan mengalami tanda- tanda awal mengandung seperti ketidakselesaan pada payudara atau cepat penat atau mengantuk. Ada juga yang tidak mepunyai apa- apa perubahan di awal kandungan.

Bagaimana pula dengan ujian ultrasound? Ujian ultrasound dalaman atau transvaginal scan boleh dilakukan se-awal 6 minggu usia kandungan. Ini bermaksud 2 minggu selepas haid dijangka datang.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print