Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI WAKTU SUBUR? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-ncYvIW

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI WAKTU SUBUR?

Pada setiap bulan, proses ovulasi berlaku antara 10 – 16 hari sebelum anda dapat haid.  Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap boleh mengagak bila proses ovulasi berlaku.

Terdapat beberapa tanda ovulasi berlaku. Antaranya adalah:-

  • Anda mendapati lendir serviks menjadi tidak pekat, lebih cair dan lebih anjal ketika waktu subur.
  • Suhu badan akan meningkat sedikit ketika pada waktu subur. Anda boleh menggunakan thermometer untuk mengesan suhu badan anda.
  •  Sekiranya anda berkemampuan, anda boleh juga menggunakan alat yang boleh mengesan perubahan hormon yang berlaku pada waktu subur anda.

Dengan menggunakan beberapa kaedah di atas anda boleh mengesan bilakah ovulasi berlaku. Sesetengah wanita dapat merasakan ketidak selesaan pada payu darah, perut kembung atau sakit perut ketika ovulasi berlaku.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print