Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ASID FOLIK = PIL SUBUR ? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-hqWX65

ASID FOLIK = PIL SUBUR ?

Asid folik adalah penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Ianya boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang seperti masalah neural tube defect atau dikenali sebagai “tulang belakang terbelah”. Salah satu contoh neural tube defect adalah spina bifida.

Ibu yang merancang untuk hamil adalah digalakkan untuk mengambil asid folik tambahan sebanyak 400mcg seawal tiga bulan sebelum mengandung sehinggalah 12 minggu mengandung. Ini adalah kerana pembentukan tulang belakang berlaku pada awal kandungan.

400mcg sehari..

Sekiranya anda belum lagi mengambil asid folik sebelum mengandung, adalah dinasihatkan untuk mengambil asid folik sejerus selepas anda mengetahui anda mengandung.

3 bulan sebelum mengandung sehingga 12 minggu mengandung

Asid folik boleh diambil di mana- mana farmasi atau di klinik kesihatan. Bagi wanita yang sihat, dos ubat asid folik adalah 400mcg sehari sebelum mengandung sehinggalah 12 minggu mengandung. Namun begitu dos asid folik yang lebih tinggi iaitu 5mg sehari diperlukan bagi mereka yang mempunyai lebih risiko. Ini termasuklah samada:-

  • anda atau suami mempunyai neural tube defect
  • kandungan sebelum ini mempunyai neural tube defect
  • sejarah keluarga anda atau keluarga suami anda mempunyai neural tube defect
  • anda mempunyai kencing manis
  • anda mengambil ubat sawan/epilepsy

Asid folik bukannya pil subur

Bagaimana pula dengan diet pemakanan? Asid Folik ada banyak di dalam sayuran hijau, beras perang dan bijiran. Sepanjang mengandung anda boleh mengambil makanan tersebut untuk meningkatkan pengambilan asid folik. Namun dikebayakkan situasi, jumlah asid folik tidak mencukupi dengan hanya melalui diet pemakanan. Oleh itu anda digalakkan untuk mengambil supplement asid folik. Sekiranya terdapat persoalan atau kekeliruan, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor anda.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print