Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
APA TERJADI PADA EMBRIO SAYA? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-1gb6Eu

APA TERJADI PADA EMBRIO SAYA?

“Saya tak puas hati doktor! Saya tahu telur isteri saya ada 10 dikutip. Lepas tu, saya dimaklumkan hanya 8 sahaja telur isteri saya matang dan boleh disenyawakan. Esoknya saya diberi tahu 6 sahaja yang bersenyawa. Lepas tu hanya dua sahaja yang boleh transfer”.

“Saya tak puas hati sebab saya tak tahu apa yang terjadi pada embrio tu semua. Betul ke embrio tu semua mati. Dari 6 tiba- tiba jadi dua? Apa yang terjadi di makmal semua saya tak nampak. Saya tak tahu!”.

“Baik encik. Mari saya tunjukkan rakaman video Time Lapse semua embrio encik”.

Apa itu Time Lapse?”

Time lapse atau juga dikenali sebagai inkubator atau rahim tiruan adalah sejenis alat moden yang digunakan bagi memastikan keadaan persekitaran terkawal dan kondusif untuk pembesaran embrio. Time lapse mempunyai kamera berkuasa tinggi yang akan menagmbil video perkembangan embrio sepanjang embrio berada di dalam inkubator. Dengan adanya Time Lapse ianya membantu pakar saintis atau juga dikenali sebagai Embryologist memantau pemkembangan dan pembahagian sel di dalam embrio tanpa mengubah persekitaran sekeliling embrio tersebut.

Bilakah Time Lapse sesuai digunakan?

Time Lapse sesuai digunakan bagi pasangan yang menjalani rawatan IVF atau ICSI. Faedah penggunaan Time Lapse ini ternyata lebih bermanfaat bagi mereka yang mempunyai banyak embrio. Ini adalah kerana Time Lapse dapat memberikan informasi yang lebih kepada embryologist embrio yang mana membahagi dan berkembang secara normal. Para embryologist dapat melihat semula video rakaman pembahagian dan perkembangan embrio tersebut bagi menentukan embrio yang mana membahagi dengan normal. Bacaan gred juga akan dibuat ketika pemilihan embrio yang mana yang terbaik untuk diletakkan ke dalam rahim.  

Time Lapse juga boleh digunakan kepada pasangan yang mempunyai keguguran berkali- kali (recurrent miscarriage) atau kegagalan proses penempelan (Implantation failure) berlaku . Ini adalah kerana Time Lapse boleh memberi informasi yang lebih tentang pembahagian dan perkembangan sel- sel embrio mereka. Sehingga kini banyak kajian dibuat untuk menentukan adakah Time Lapse mampu membantu menaikkan peratus kejayaan rawatan IVF dan ICSI.

Adakah Penggunaan Time Lapse berkesan?

Berdasarkan kajian, corak pembahagian sel embrio menjadi satu teknik pemilihan alternatif untuk memilih embrio yang mana satu mempunyai potensi terbaik untuk menempel di dinding rahim. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa masa sel berkembang dan membahagi pada waktu tertentu adalah sangat penting untuk meramalkan potensi perkembangan selanjutnya, dan seterusnya potensi penempelan embrio pada dinding rahim. Dengan maklumat ini kita boleh memilih embrio mana yang terbaik.  Maklumat mengenai potensi embrio juga dapat dikenalpasti. Segala perkembangan dan pembahagian sel embrio ini hanya dapat direkodkan sepenuhnya jika ia dilakukan secara berterusan dibawah kamera Time Lapse.

Kajian menunjukkan embrio yang mampu membahagi pada waktu tertentu dengan corak perkembangan tertentu mempunyai 15 – 20% potensi yang lebih bagi proses penempelan berlaku. Masa optimum untuk pembahagian sel boleh diperiksa dengan lebih mudah.  Peratusan kemungkinan penempelan dapat dianggarkan dengan penggunaan teknologi Time Lapse.

Cara Pemantauan Embrio tanpa Time Lapse

Apabila anda menjalani rawatan IVF atau ICSI, embrio anda akan disimpan dalam persekitaran yang diawasi di dalam inkubator. Keadaan dalam inkubator ini adalah hampir sama dengan keadaan dalam tubuh wanita untuk memastikan embrio berada dalam persekitaran semulajadi mereka. Semasa tempoh embrio anda disimpan di makmal, pada waktu tertentu embrio anda akan diambil keluar dari inkubator bagi membolehkan pemeriksa perkembangan embrio di bawah mikroskop. Berdasarkan pemerhatian ini, para embriologist dapat mengetahui embrio yang mana berpotensi untuk menghasilkan bayi berdasarkan pemerhatian bentuk (morfologi) yang dilakukan pada embrio sekali atau dua kali sehari pada waktu tertentu. Apabila Embriologi telah selesai mengkaji embrio mereka akan mengembalikan embrio tersebut ke dalam inkubator. Suhu dan keadaan persekitaran yang lain akan dikawal secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku kepada embrio. Namun begitu pemerhatian secara berterusan tidak dapat dilakukan di bawah mikroskop seperti apabila menggunakan Time Lapse.

“Encik boleh lihat video di sini https://youtu.be/rFbu8Zsusmg. Dengan video ini, encik boleh nampak dengan jelas apa yang berlaku pada embrio encik. Semoga dengan perkongsian video klip ini dapat menjawab persoalan encik tadi”

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print