Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
APA ITU MENOPAUSE AWAL » Laman Fertiliti Kernamu
Menopos

APA ITU MENOPAUSE AWAL

Menopause Awal atau Premature Ovarian Insufficicency (POI) adalah keadaan di mana ovari berhenti berfungsi dengan baik sebelum usia 40. Tiada telur matang dan ovari berhenti berhenti menghasilkan hormon (estrogen, progesteron, testosteron). Diagnosis POI dibuat dengan menilai paras hormon FSH dalam darah. Mereka yang mempunyai POI mempunyai paras FSH yang tinggi. 

Apa yang menyebabkan POI?

POI boleh berlaku akibat rawatan perubatan sebelumnya, misalnya, kemoterapi, radioterapi atau pembedahan.

POI juga boleh berlaku secara sendirinya. Sekiranya ini berlaku beberapa ujian boleh dilakukan bagi mengenal pasti akan sebab kemungkinan POI berlaku. 

  • Genetik dan kromosom

POI boleh disebabkan oleh kecacatan pada kromosom atau genetic seseorang wanita. Contoh yang paling kerap penyebab kromosom / genetik masing-masing adalah Sindrom Turner dan Sindrom Fragile-X. Untuk memeriksa sama ada anda mempunyai kecacatan kromosom atau genetik yang menyebabkan POI, analisis kromosom dan Ujian Fragile-X disyorkan (ujian darah).

  • Antibodi

Antibodi dihasilkan oleh badan kita untuk melawan kuman, misalnya virus atau bakteria. Dalam penyakit autoimun, antibodi dihasilkan menyerang badan anda sendiri: ini dikenali sebagai autoantibodi. Autoantibodi tertentu lebih biasa pada wanita dengan POI, misalnya, terhadap kelenjar tiroid yang terletak di pangkal leher. Ini boleh dikaitkan dengan kelenjar tiroid kurang aktif atau terlalu aktif (antibodi tiroid). Mekanisme bagaimana berlakunya autoantibodi tidak difahami sepenuhnya. Autoantibodi ini memberi kesan kepada rizab telur. 

  • Punca lain POI

Beberapa kajian menunjukkan kaitan antara penyakit diabetes mellitus type I dengan POI. Oleh kerana diabetes type I biasanya didiagnosis pada masa usia kanak-kanak, saringan untuk POI tidak dilakukan.

Laporan kes telah menghubungkan POI dengan jangkitan sebelum ini (misalnya mumps: beguk). Walau bagaimanapun, ini belum terbukti dalam kajian yang lebih besar.

  • POI idiopatik atau tidak dapat dijelaskan

Pada kebanyakan wanita dengan POI, ujian tidak menentukan akan apakah sebab POI berlaku. Maka punca POI tidak diketahui. Ini dikatakan idiopatik atau tidak dapat dijelaskan.

Apakah simptom POI?

Wanita dengan POI sering berhenti haid, atau haid jarang berlaku dan tidak tetap. Anda juga mungkin mengalami pelbagai gejala akibat paras estrogen yang rendah seperti hot flushes, kulit kering, sakit badan dan sebagainya. 

Apakah kesan POI pada kesihatan saya?

Diagnosis POI adalah suatu yang amat berat untuk diterima. Ianya akan mengubah arah hidup sepenuhnya.  POI boleh menyebabkan

1. Ketidaksuburan

Oleh kerana POI adalah keadaan di mana ovari berhenti berfungsi dengan baik sebelum usia 40, peratus kemungkinan untuk mengandung secara semula jadi adalah rendah.

2. Hubungan suami isteri. 

Wanita yang mengalami POI mungkin mengalami kekeringan faraj, libido berkurang, dan sakit semasa hubungan suami isteri kerana paras estrogen yang rendah. Ini boleh memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri.

Gabungan ketidaksuburan, gejala menopaus, dan kekurangan tenaga boleh mengakibatkan kesan ketara pada hubungan dengan pasangan anda.Doktor akan mengesyorkannya penggunaan hormon, krim estrogen, testosteron atau lubricant ketika bersama.

3. Tulang, jantung dan memori

Hormon, terutamanya estrogen, penting untuk fungsi normal tubuh wanita. Tahap estrogen yang dikurangkan bukan sahaja mengakibatkan gejala menopos, tetapi juga boleh mempengaruhi kesihatan tulang, jantung dan memori seseorang wanita.

Wanita yang mengalami POI berisiko untuk mengalami tulang rapuh (Osteoporosis), sakit jantung dan memori terkesan. 

Apakah pilihan saya untuk rawatan?

POI tidak dapat disembuhkan, tetapi rawatan dapat mengurangkan gejala anda dan mengurangkan kesan jangka panjang. Wanita yang mengalami POI dinasihatkan untuk mengambil hormone replacement therapy bagi mengurangkan risiko penyakit di atas.

Pada masa yang sama gaya hidup yang sihat seperti senaman, elakkan merokok, makan makanan yang sihat.

Follow up dengan pakar dan melakukan pemeriksaan kesihatan yang lengkap seperti pemeriksaan jantung, mammogram, tahap gula dan kolesterol adalah antara yang dinasihatkan.  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print