Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ADA PCOS WALAUPUN KURUS? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-KwTV7J

ADA PCOS WALAUPUN KURUS?

Dianggarkan 1 daripada 5 wanita (20%) yang mengalami Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) mempunyai berat badan yang normal. Walaupun mempunyai berat badan yang normal, mereka mempunyai symptom seperti kitaran haid yang tidak normal, kulit berminyak dan jerawat serta kesukaran mengandung. Seperti wanita PCOS yang lain, wanita yang kurus dan mengalami PCOS juga mempunyai risiko mendapat kencing manis dan penyakit jantung. Oleh kerana PCOS selalu dikaitkan dengan berat badan yang lebih, maka wanita yang mempunyai berat badan yang normal akan lambat didiagnos dengan PCOS. Ini jelas dilihat kebanyakkan wanita yang mempunyai berat badan yang lebih diberikan diagnosis PCOS di usia remaja atau awal 20- an, namun bagi wanita yang berat badan normal atau kurus, PCOS selalunya di diagnos ketika mereka sukar untuk mengandung.

Kerintangan Insulin (Insulin Resistance)

Insulin adalah sejenis hormon yang memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula di dalam badan. Insulin membantu sel- sel di dalam badan untuk menggunakan gula di dalam darah. Wanita yang mempunyai PCOS mengalami kerintangan Insulin. Ini bermaksud, jumlah insulin yang biasa tidak lagi cukup untuk menghasilkan tindak balas yang normal. Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kerintangan insulin walaupun mereka mempunyai berat badan yang normal. Dianggarkan 20% wanita yang mempunyai PCOS dan berat badan yang normal mengalami kerintangan insulin.

Wanita yang mempunyai lemak yang lebih di bahagian perut (Abdominal Obesity) dalah lebih cenderung mengalami kerintangan insulin. Lemak di bahagian perut dikira dengan menggunakan nisbah pinggul ke pinggang (hip to waist ratio) yang tidak melebihi 0.85. Mereka yang mempunyai nisbah yang lebih dari 0.85 mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kerintangan insulin.

“Kejayaan mengandung dikalangan wanita yang mempunyai PCOS adalah lebih tinggi bagi wanita yang mempunyai berat badan yang normal..”

Rawatan Kesuburan bagi wanita yang kurus dan mengalami PCOS

Langkah pertama untuk meningkatkan kadar kesuburan seseorang wanita yang mempunyai PCOS adalah dengan mengurangkan sebanyak 5- 10% berat badan. Namun begitu, ini tidak dapat dilakukan. Kerana berat badan mereka sudah normal.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan ubat Metformin. Metformin adalah sejenis ubat yang akan membantu tindak balas insulin menjadi lebih berkesan. Ianya bukanlah ubat subur. Namun didapati Metformin membantu ovulasi berlaku dikalangan wanita yang mempunyai PCOS.

Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai berat badan yang normal dan mempunyai PCOS akan mengalami ovulasi, kitaran haid yang teratur dan paras hormon testosteron yang normal apabila mengambil Metformin.

Selain dari Metformin, rawatan kesuburan dengan memberikan ubat pil seperti Clomiphene Citrate atau ubat suntikan hormon akan meningkatkan peluang kehamilan.

Apabila dibandingkan antara wanita yang mempunyai berat badan yang normal dan mengalami PCOS serta mereka yang mempunyai berat badan yang lebih dan mengalami PCOS, kejayaan mengandung adalah lebih tinggi bagi wanita yang mempunyai berat badan yang normal. Ini semestinya suatu berita yang baik.

Baca dengan lebih lanjut mengenai rawatan kesuburan dan PCOS di sini.

Ada apa- apa lagi yang boleh dilakukan?

Apabila berat badan sudah normal, adalah penting untuk terus kekalkan berat badan yang normal tersebut. Teruskan makan makanan yang seimbang dan sihat. Dari segi senaman, melakukan senaman yang menumpukan kepada otot seperti angkat berat berperingkat (resistant training). Kajian menunjukkan senaman yang seperti ini membantu mengurangkan lemak di bahagian perut, menurunkan paras hormon testosteron, membantu ovulasi dan membetulkan kitaran haid.

Selain daripada itu, wanita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan paras gula bagi memastikan tidak mengalami penyakit kencing manis (diabetes). Sekiranya wanita mengalami tekanan emosi yang melibatkan kegelisahan dan kemurungan, adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat sokongan dan kaunseling. Bagi mereka yang ingin hamil, digalakkan untuk tampil melakukan pemeriksaan dan rawatan kesuburan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Baca dengan lebih lanjut kesan jangka panjang PCOS di sini.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print