Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
2WW: RENDAH GUNUNG TINGGI HARAPAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-i1TZ5p

2WW: RENDAH GUNUNG TINGGI HARAPAN

Bagi mereka yang telah melalui rawatan IVF, waktu 2ww ini amatlah memeritkan. 2ww atau juga dikenali sebagai two weeks wait adalah waktu di mana setelah embryo diletakkan semula ke dalam rahim, pasangan akan pulang dan menunggu selama dua minggu untuk ujian darah dilakukan bagi memastikan samada mereka berjaya mengandung atau sebaliknya.

Kebanyakkan pusat rawatan kesuburan akan memberikan cuti rehat selama dua minggu sepanjang tempoh 2ww. Walaupun bercuti di rumah, ramai yang merasakan tempoh dua minggu ini terlalu lama. Selain dari mengambil ubat hormon untuk menguatkan rahim, tiada lagi rawatan diberikan di dalam tempoh 2 minggu ini. Jika sebelum embryo transfer, wanita yang menjalankan rawatan ini akan menerima suntikan dan menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memantau perkembangan telur, namun ketika tempoh 2ww, pasangan tidak datang ke klinik. Maka secara tiba- tiba tidak lagi ada temujanji Bersama doktor dan jururawat. Hanya bertemankan pasangan di rumah.

Apabila mempunyai waktu yang panjang, sesetengahnya akan merasa resah, gelisah dan pelbagai jenis perasaan akan datang. Ada yang sedih, menangis secara tiba- tiba ada yang gundah gelana. Pemikiran bercelaru. Perasaan tidak menentu. Maka tidak hairanlah ada yang mengambil keputusan untuk menyebukkan diri dengan pelbagai aktiviti termasuklah ada yang pergi ke pejabat.

Ramai yang berpendapat, 2ww adalah waktu yang paling susah untuk ditempuhi sepanjang perjalanan mereka melalui rawatan IVF. Mereka merasakan tiada ada apa lagi yang dapat dilakukan kecuali menunggu masa berlalu.

Terdapat juga pelbagai petua atau pantang larang yang dipercayai dan kebanyakkannya tidak tepat. Ini termasuklah perlunya baring 24/7 setelah embryo transfer dilakukan. Ada yang sehingga makan minum di atas katil. Ada yang mengelakkan mandi. Ada yang memakai tuala dewasa untuk buang air kerana dikhuatiri embryo akan jatuh dari rahim. Sehinggakan batuk dan bersin juga tidak boleh dilakukan. Ini tentunya sama sekali tidak benar.

Kajian menunjukkan amalan baring 24/7 tidak akan meningkatkan peluang embryo menempel dan seterusnya tidak meningkatkan peritus kehamilan. Malah baring 24/7 adalah tidak dinasihatkan sama sekali kerana dikhuatiri perjalanan darah yang tidak memuaskan dan boleh menyebabkan darah beku terbentuk. Jika dilihat di sesetengah negara maju, ramai wanita akan kembali ke tempat kerja setelah embryo transfer dilakukan. Mereka hanya mengambil “time off” untuk datang menjalankan prosedur embryo transfer.

Apakah perkara yang terbaik untuk dilakukan ketika 2ww adalah bergantung kepada setiap pasangan. Setiap pasangan adalah berbeza. Ada yang mengambil keputusan untuk berehat di rumah kerana ianya memberi lebih banyak ruang untuk mengurangkan tekanan dan dapat melakukan aktiviti mengikut apa yang diinginkan. Ada juga yang mengambil keputusan untuk bekerja sebagai alasan untuk mengalihkan perhatian.

Apapun langkah yang diambil, apabila sampai di titik peringkat ini, semua usaha telah dilakukan. Maka waktu ini adalah waktu untuk kita berserah dan mengharapkan yang terbaik dari Maha Pencipta. Banyakkan berdoa dan berzikir tatkala hati runsing berkecamuk dengan pelbagai kemungkinan. Ingatlah setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Semoga perkonsian ini bermanfaat. Semoga segala usaha yang dilakukan dipermudahkanNya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print